Get Mystery Box with random crypto!

DakwahTabligh

لوگوی کانال تلگرام dakwahtablighchannel — DakwahTabligh D
لوگوی کانال تلگرام dakwahtablighchannel — DakwahTabligh
آدرس کانال: @dakwahtablighchannel
دسته بندی ها: دین
زبان: فارسی
مشترکین: 2.13K
توضیحات از کانال

Dakwah 24 Jam

Ratings & Reviews

3.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

2

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


آخرین پیام ها 6

2021-11-23 04:06:12 SIAPA MUJADDID KURUN 15?

Rasulullah ﷺ bersabda mafhumnya, “Sesungguhnya ALLAH akan membangkitkan untuk umat ini di setiap awal 100 tahun, seseorang yang akan memperbaharui agama ini.” [Sunan Abu Daawud 6/349, Daar Ar-Risaalah Al-‘Aalamiyyah]

ACUAN SISTEM KHILĀFAH 'ALA MINHAJ-IN-NUBUWWAH
Manhaj dakwah dan tabligh yang telah diasaskan oleh Maulānā Ilyās rahmatullāhu 'alaihi pada tahun 1926 akan genap berusia satu kurun dalam masa 8 tahun lagi, yaqni menjelang tahun 2026. Dari permulaan yang kerdil, ia telah berkembang ke seluruh dunia sebagai jama'ah Islam yang terbesar dan berpengaruh dengan keahlian yang mencecah jutaan insan.

Sepertimana zaman pasca kewafatan Rasulullah ﷺ telah diterajui oleh 4 Khalifah ar Rāsyidīn, usaha dakwah dan tabligh telah diterajui oleh 4 orang Amir bermula dengan Maulānā Ilyas Kandhlawī rahmatullāhu 'alaihi, (anaknya) Maulāna Yūsuf Kandhlawī rahmatullāhu 'alaihi, Maulāna Muhammad In'āmul Hasan Kandhlawī rahmatullāhu 'alaihi (anak saudara) dan kini, Hadhratji Maulānā Sa'ad Kandhlawī damat barakatuhu (cicit).
Perebutan kuasa dan pemerintahan melalui sistem politik itu bukan Siyasah. Politik adalah nafsaniyat. Ciptaan dunia Barat yang dikuasai sistem Yakjuj wa Makjuj Dajjal.

Siyāsah adalah sebahagian dari Nubuwwah. Siyāsah datang selepas Khilāfat. Khilāfat akan kembali hanya melalui Dakwah ILALLĀH. Siyāsah adalah Khidmah. Sepertimana Khilāfah itu Khidmah. Khilafat dan Siyasah bukan datang dengan jalan tuntutan maupun desakan. Dengan percaturan politik. Dengan suara ramai atau peti undi menagih sokongan, pungutan suara ramai. Ia bukan datang dengan saling bangkang membangkang dan saling jatuh menjatuhkan. Dengan fitnah memfitnah, aib mengaibkan.
Manhaj Dakwah dan Tabligh yang diasaskan oleh Maulānā Ilyās untuk sekian lamanya, telah menjauhkan diri samasekali dari kancah politik serta budayanya yang menyesatkan.

Sejak zaman Maulānā Ilyās lagi usaha tabligh sudah pun diletakkan atas asas Siyāsah Khilāfah 'Ala Minhaj-in-Nubuwwah yang kukuh.
Ia telah diteruskan oleh Hadhratji Kedua dan Ketiga. Dengan kewafatan Hadhratji Maulana In'āmul Hasan pada tahun 1995, sistem berteraskan model Khilāfat dan Keamiran ini masih diteruskan dalam bentuk 3 Faisala, dan diteruskan pula sekarang oleh Hadhratji Maulānā Sa'ad.
Keempat-empat Hadhratji menguruskan pentadbiran dan pengurusan ahli jama'ah sedunia melalui sistem keamiran dan syura yang menepati acuan Khilāfah 'Ala Minhaj-in-Nubuwwah. Cuma skop dan ruanglingkupnya sahaja terhad kepada ahli2 jama'ah.

MUJADDID KURUN 14

Menariknya, persoalan mengenai Mujaddid kurun ini tidak pernah menjadi suatu khilaf yang besar antara umat Islam.

Dengan itu, adalah menjadi pandangan peribadi saya untuk sekian lama, bahawa Mujaddid kurun ke 14 adalah Maulānā Ilyās rahmatullāhu 'alaihi.
Hadhrat Maulānā Ilyās rahmatullāhu 'alaihi dilahirkan pada awal kurun, yaqni pada tahun 1302H hijri (isyarat awal kurun).

Hadhrat Maulānā Ilyās rahmatullāhu 'alaihi telah memulakan perjuangannya melalui wadah usaha dakwah dan tabligh pada tahun 1926 masehi, bersamaan tahun 1344 hijriah.

Usianya sewaktu ALLAH SWT mengambil kerja dari beliau adalah dalam lingkungan 41 - 42 tahun (isyarat umur 40 tahun).

Dengan mengambil kes Maulānā Ilyās rahmatullāhu 'alaihi sebagai piawai dalam menentukan jalurmasa kelahiran dan kemunculannya di pentas awam, seseorang Mujaddid kurun itu perlu dilihat pada syarat lahir awal kurun dan berumur dalam lingkungan 40 tahun ketika memulakan perjuangannya.

Sejak beberapa tahun yang lalu, saya telah meletakkan tahun 1979/1980 sebagai mercutanda (peristiwa tercetusnya perang Afghanistan - Soviet yang melibatkan agenda penghapusan etnik Pushtun - keturunan Bani Israel Muslim/Bani Ishaq Afghanistan ) andaian tahun kelahiran Mujaddid kurun ke 15 ini.

Bagi saya, tarikh matang ini sudah terlalu hampir dan beberapa tahun lepas kita telah meletakkan jalurmasa 1440 hijri dengan margin kesilapan (+ -) 2 tahun berdasarkan kes Maulānā Ilyās rahmatullāhu 'alaihi.
232 views01:06
باز کردن / نظر دهید
2021-11-10 14:00:06
Ubat rabun
260 views11:00
باز کردن / نظر دهید
2021-11-10 01:36:45 SANAD KITAB FADHAIL AMAL SEHINGGA SAMPAI PADA RASULULLAH SAW

Umum diketahui bahawa, kitab fadhail Amal yang lebih dikenali sebagai kitab orang tabligh di serata dunia, di karang oleh Raisul Muhaddisiin (Ketua Ulama Hadis di zamannya) Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi.

Beliau mengarang Kitab tersebut lantaran di suruh oleh Gurunya Maulana Muhammad Ilyas Al Kandahlawi.

Sanad Ilmu & Tarikat Maulana Ilyas Rahmatulloh Alaihi bersambung kepada Maulana Khalil Ahmad As Saharanpuri, juga sama sanad tersebut dengan Maulana Muhammad Zakariyya Rahimahullah.

Dalam gambar ini jelas terpampang Sanad Tarbiyyah wal Irsyadiyyah Maulana Ilyas dan Maulana Zakariyya Rahimahumullah sehingga sampai kepada Rasulullah SAW.

Dengan keberkatan sanad para Aulia inilah Maulana Muhammad Ilyas telah mengolah gerak kerja dakwah tabligh berdasarkan Ilham dan tahqiq para muhaqiq ulama besar di zaman beliau.

Dengan kefahaman ilmu ini diajarkan kepada Maulana Zakariyya al-Kandahlawi Rahmatulloh Alaihi lalu di saran agar menulis Kitab FADHAIL AMAL yang menjadi wirid ilmu Jemaah Tabligh sehingga hari ini, insyaAllah sampai kiamat.

Oleh sebab itu, Gerakan Jemaah Tabligh ini bersanad Aliran Sufi Chistiyyah yang telah di mudahkan untuk menjadi madrasah bergerak diseluruh dunia.

Kerana keberkatan sanad Baginda saw inilah lahirnya amalan kekuatan Nur Ta'lim yang berjaya menerobos jiwa manusia sehingga membawa mereka kepada Allah dan Rasul-Nya.

Untuk makluman, dikhabarkan bahawa kitab kedua terbanyak yang mempunyai terjemahan pelbagai bahasa didunia setelah terjemahan Al Quran adalah kitab FADHAIL AMAL.

Boleh dikatakan juga, kitab ini pernah ada ditangan 80 ribu Karkun Tabligh di Malaysia!

Mungkin juga pernah dibacakan dihadapan 80 juta (sekurang-kurangnya) karkun diseluruh dunia dengan pelbagai bahasa!

Yang pasti kitab ini adalah wasilah hubungan sanad Rasulullah SAW yang diterima Allah sebagai amalan dalam majoriti Masjid & kebanyakan Rumah orang islam pada zaman ini diseluruh dunia!

Wallahu a'lam

Buat Maulana Ilyas, Maulana Zakariyya, seluruh Para Masyaikh Dakwah dan seluruh silsilah sanad Mereka sampai pada Rasulullah SAW..
Al Fatihah...

- Maulana Ibnu AbdurRahman -
379 views22:36
باز کردن / نظر دهید
2021-11-10 01:36:39
339 views22:36
باز کردن / نظر دهید
2021-11-09 14:50:23
384 views11:50
باز کردن / نظر دهید
2021-11-08 07:00:00
466 views04:00
باز کردن / نظر دهید
2021-11-08 06:59:36
445 views03:59
باز کردن / نظر دهید
2021-11-06 10:41:49
649 views07:41
باز کردن / نظر دهید
2021-11-06 10:41:48
626 views07:41
باز کردن / نظر دهید
2021-11-06 10:40:55
588 views07:40
باز کردن / نظر دهید