Get Mystery Box with random crypto!

Wahai wanita yang bernama isteri. Tak perlu nak jadi begitu s | 💖PuiSi cInT@fAzD💞

Wahai wanita yang bernama isteri.

Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita.

Bahagiakan diri mu sendiri.

Anak akan membesar dan akan pergi kepada keluarga dia.

Suami tak akan selamanya dengan kita.

Rumah yang kita sudah bersihkan tetap akan kotor kembali.

Tetapi pelihara lah emosi kita dan kesihatan kita kerana disitu tiada istilah peluang kedua.

Kesan terhadap fizikal, mental dan emosi seorang wanita yg bergelar isteri dan juga ibu dalam mengimbangi antara kerjaya, pembelajaran anak, layanan terhadap suami dan menguruskan keje2 rumah...

Wanita itu multi-tasking...wanita boleh berfikir 2, 3 perkara dlm masa yg sama, wanita juga boleh melakukan 2,3 perkara dlm masa yg sama...

Namun, mereka ada limit mereka...

Jika kita nmpk mood isteri dah tak keruan, jika kita nmpk dia dah mula marah2, jika kita nmpk dia dah mula tinggi suara, jika kita nmpk dia dduk diam mcm tgh berfikir tanpa buat apa2, termenung, mengelamun, bermimpi disiang hari, maka dia sebenarnya sedang menghantar isyarat bantuan...

Dia perlukan pertolongan, bebanan yg dipikulnya perlu diringankan...

Dia dah penat dgn multi-task yg dia perlu handle...klu dia fokus kpd anak2, nnt suami balik xde apa nk mkn...klu dia fokus kpd keje2 rumah, nnt keje2 skolah anak tak sempat disiapkan...klu dia ambik pendekatan buat setakat yg mampu, maka dia tak puas hati bila masih ada perkara yg tertunda, tak sempat dibuatnya...

Fizikal dah penat, emosi dah sarat, mental dah tenat...

Suami perlu step in, ambik dan buat apa yg isteri selalu buat...jadikan itu sebagai tugas kita plak, ambik alih drpd isteri sepenuhnya...

InsyaAllah, lebih harmoni dan tenang si isteri bila suami berkongsi bebanan dgnnya...

Kredit: Firdaus Shakirin

@hatikuhatimu