Get Mystery Box with random crypto!

CINTA DAN PERJUANGAN Diri mu adalah bijaksana jika engkau tid | 💖PuiSi cInT@fAzD💞

CINTA DAN PERJUANGAN

Diri mu adalah bijaksana jika engkau tidak hirau dan memburu orang meninggalkan mu dalam perjuangan lantaran engkau mengerti bahwa engkau tiada kerugian apa pun..

Mereka yg meninggalkan mu malah memburukkan mu adalah mereka yg tiada benar cinta pada mu walaupun kadangkala begitu akrab puluhan tahun. Jika ada kebenaran cinta, dia takkan meninggalkan mu dalam apapun keadaan apalagi memburukkan mu atau pasti satu saat dia akan kembali pada mu lantaran perpisahan adalah suatu kesakitan.

Jangan habiskan waktu pada mereka yang tidak mencintai mu, jangan derita kan lagi kesakitan mu dengan memburunya jika mereka sudah tak mahu menyambut tangan yg dihulurkan, tidak mahu mendengar penerangan mu lagi,

Yang penting engkau muhasabah apakah ada kesalahan dari sisi mu, jika ada maka merendah diri mohon kemaafan dan membaiki diri, jika tiada hanya lebih pada emosi, ego dan ada matlamatnya sendiri, biarkan mereka, diri mu bergerak ke hadapan dan berdoa pada الله، pasti akan didatangkan mereka yg benar cinta pd mu dan faham perjuangan mu.

Engkau tiada kerugian kerana yg meninggalkan mu adalah mereka yg tidak mencintai mu, sesungguhnya mereka yg rugi kerana meninggalkan orang yang benar mencintainya.

Jangan mengikat cinta dengan paksaan dan belas kasihan, ia adalah pendustaan. Biarkan cinta dari lubuk hati yang suci, justeru itu perbaiki diri mu menjadi indah bagaikan bunga, manis bagaikan gula, ikhlaskan dalam memberi cinta,pasti kamu akan didatangi ramai para pencinta yg benar.

Hati yang miliki Cinta sentiasa penuh dengan kemaafan, sentiasa luas terbuka untuk menerima sesiapa kembali padanya walaupun pada mereka yang menyakiti atau meninggalkan dan memburukkannya dahulu.

Cinta yang haq pasti dapat menghancurkan keegoan dan kemarahannya. Dia tidak bertindak diatas suara keegoan dan mendengar suara kemarahannya. Jiwanya penuh luar biasa hingga mereka dicintai Allah dan Rasul dan mampu memimpin manusia pada jalan kebenaran dan kedamaian.

Perjuangan memerlukan jiwa yang kental, penuh cinta, teguh, ikhlas dan berani. Mereka yang tiada miliki jiwa tersebut, tiada sanggup menjual dirinya pada الله dan راسول، mereka sukar bertahan lantaran berlaku permaksaan pada diri apabila tiada kebenaran CINTA.

Walid Ibrahim al Malik

@hatikuhatimu