Get Mystery Box with random crypto!

PUISI HARI JUMAAT,  Maka riwayat pula dari khabar yang mulia | 💖PuiSi cInT@fAzD💞

PUISI HARI JUMAAT, 

Maka riwayat pula dari khabar yang mulia,
pada hari Juma'at itu, hari yang mulia

Maka hari Jum'at dan malamnya ia,
tetap nuthfah Muhammad pada ibu yang mulia

Lagi dijadikan pula Adam yang mulia,
pada hari Jum'at sangat eloknya ia

Lagi diampun pula akan Adam yang mulia,
pada hari Jum'at yang tersalahnya ia

Lagi dimasukkan pula akan Adam yang mulia,
pada dalam syurga, ia tempat yang sedia

Lagi banyaklah ganda dengan amal yang mulia,
dari hari yang lain dengan sedikit ia

Lagi diganda pula akan jahatnya ia,
dari hari yang lain dengan kurangnya ia

Maka siapa ada satu amal yang mulia,
Tujuh puluh ribu yang digandakan dia

Pada satu sedekah dan selawat yang mulia,
maka dapatlah banyak yang digandakan dia

Lagi baca pula akan Qur'an yang mulia,
akan surah al-Kahfi dan Sajadah yang mulia

Pada hari Jum'at dan malamnya ia,
maka dapatlah dengan nur bercahaya

Lagi diampunkan pula akan dosanya ia,
pada satu Jum'at yang di hadapan ia

Lagi dapatlah ia dengan untung bahagian,
pada matinya itu hari Jum'at yang mulia

Maka banyaklah kamu dengan amal yang mulia,
pada hari Jum'at itu, hari yang bahagia.


Salam Jumaat !

@hatikuhatimu