Get Mystery Box with random crypto!

SALAF AL-SOLIH PADA 10 MALAM TERAKHIR 1. Saidina Tamim al-Da | Ali Imran Abdul Aziz

SALAF AL-SOLIH PADA 10 MALAM TERAKHIR

1. Saidina Tamim al-Dari membeli pakaian dengan harga 1000 dirham untuk beribadah pada 10 malam terakhir dan malam yang diharapkan berlaku lailatulqadar.

2. Ibrahim al-Nakhaie (Faqih Iraq) mandi pada setiap malam pada 10 malam terakhir.

3. Ayyub al-Sakhtiyani (Muhaddis) mandi pada malam 23 dan 24 dan mengenakan pakaian yang baharu pada kedua malam tersebut dan memakai wangi-wangian.

4. Saidina Thabit al-Bunani mengenakan pakaian yang baru serta berwangi-wangian dan mewangikan masjid pada malam yang diharapkan lailatulqadar.

5. Imam Malik apabila masuk 10 malam terakhir akan mandi setiap malam, berwangi-wangi dan memakai pakai yang tidak dipakai melainkan dipakai pada 10 malam terakhir.

Kata Al-Hafiz Ibn Rajab, (Kerana melihat kesungguhan para Salaf menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan)

“Dituntut pada malam yang diharapkan berlaku lailatulqadar, membersih diri, berhias, berwangi-wangi dengan mandi dan wangi-wangian serta mengenakan pakaian yang baik sebagaimana hari jumaat.”

Faedah daripada Majlis Sofa', Syeikh (Muhaddis) Muhammad Nai'im 'Ariqsusi حفظه الله