Get Mystery Box with random crypto!

PUASA SUNAT TARWIYAH (esok) & HARI ARAFAH (Isnin) Disunatka | Ali Imran Abdul Aziz

PUASA SUNAT TARWIYAH (esok) & HARI ARAFAH (Isnin)

Disunatkan utk kita semua berpuasa pada esok & isnin (18 & 19 Julai) sebelum tiba Hari Raya Aidiladha
Esok(Ahad) dipanggil Hari Tarwiyah,manakala Isnin dipanggilkan Hari Arafah
Kedua dua hari ini sangat besar pahala & ganjaran nya disisi Allah
Lafaz niat puasa hari tarwiyah : Shj aku berpuasa sunat hari tarwiyah kerana Allah Taala
Lafaz niat puasa hari arafah : Shj aku berpuasa sunat hari arafah kerana Allah Taala
Afdhal niat berpuasa adalah pada malam hari,akan tetapi sekiranya terlupa,dibolehkan niat puasa sunat ini pada siang hari
Dalil : Rasululah SAW bersabda
صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ
Maksudnya: “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”
Kelebihan puasa hari arafah(isnin) diampun dosa setahun yg lalu dan diampunkan dosa setahun kedepan
Akan tetapi perlu difahami,diampun dosa setahun kedepan itu bermaksud diberikan taufik kepada seseorang itu dengan melakukan amalan-amalan soleh dan banyak bertaubat serta dipelihara daripada jatuh melakukan maksiat