Get Mystery Box with random crypto!

Selain daripada memperbanyakkan berzikir dan berdoa. Antara am | Ali Imran Abdul Aziz

Selain daripada memperbanyakkan berzikir dan berdoa. Antara amalan bagi perempuan yang uzur adalah dengan menyediakan makanan untuk orang berpuasa. Bahkan pahala boleh menyamai atau menandingi pahala orang yang berpuasa.

Nabi kita bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya : Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.
Riwayat Al-Tirmizi (807)


Samada menyediakan dengan membelanja makan, memasakkan makanan lalu diberikan kepada orang yang berbuka puasa atau meliputi perbuatan membantu penyediaan makanan serta mengagihkan makanan.

Setiap seorang yang terlibat dalam usaha memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, akan diganjarkan pahala dengan mengikut kadar usaha sama ada banyak ataupun sedikit.

Bahkan Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa beliau berkata :

“Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’.

Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam

Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti yang disebutkan dalam firman Allah:

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

Maksudnya : Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.
Surah Al-An’aam (160)

Justeru, apabila seseorang itu memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa maka dia akan mendapat ganjaran puasa sebanyak 36 kali. Kemudian pahala tersebut digandakan kepada 10 kali bagi setiap satu maka keseluruhannya dia akan mendapat 360 ganjaran dan ia merupakan jumlah hari dalam setahun mengikut kalendar hijrah.

Perempuan, lebih mudah raih pahala dan pintu kebaikan tidak pernah tertutup buat kalian.