Get Mystery Box with random crypto!

DakwahTabligh

لوگوی کانال تلگرام dakwahtablighchannel — DakwahTabligh D
لوگوی کانال تلگرام dakwahtablighchannel — DakwahTabligh
آدرس کانال: @dakwahtablighchannel
دسته بندی ها: دین
زبان: فارسی
مشترکین: 2.13K
توضیحات از کانال

Dakwah 24 Jam

Ratings & Reviews

3.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

2

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


آخرین پیام ها 9

2021-09-19 04:17:17
230 views01:17
باز کردن / نظر دهید
2021-09-18 03:42:31
291 views00:42
باز کردن / نظر دهید
2021-09-11 05:35:32
307 views02:35
باز کردن / نظر دهید
2021-09-10 13:13:57
281 views10:13
باز کردن / نظر دهید
2021-09-08 13:53:35
573 views10:53
باز کردن / نظر دهید
2021-09-08 05:58:55
617 views02:58
باز کردن / نظر دهید
2021-09-07 14:05:14 10) 1 jemaah arab keluar 4bulan ke USA..2 org dr jemaah tu g 1 rumah, mrk berdua tu kena ludah, jemaah tu balik masjid & bg laporan pd jemaah mereka..last2 semua jemaah dtg rumah tu utk kena ludah sbb nak dapat amal sunnah..sbb nabi pernah kena ludah...last2...org yg ludah tu keluar 40hari cash
1.2K views11:05
باز کردن / نظر دهید
2021-09-07 05:06:24
239 views02:06
باز کردن / نظر دهید
2021-09-07 02:51:59 .
Satu kisah di Mesir. Ada suami isteri ini suka buat kenduri dan Maulid. Mereka akan sembelih kambing. Jiran mereka adalah yahudi. Isteri yahudi ini bertanya kepada suaminya kenapa jiran mereka yang Muslim ini selalu buat kenduri. Suami yahudi ini menjawab kerana mereka menyambut kelahiran Nabi mereka Nabi Muhammad ﷺ
.
Satu malam isteri yahudi ini mimpi ramai lelaki berpakaian putih dan muka mereka bercahaya. Ada seorang dikalangan mereka mukanya lebih bercahaya dari yang lain-lain. Isteri ini bertanya kepada lelaki lain, siapa lelaki yang bercahaya itu? Lelaki itu menjawab itu Rasulullah ﷺ
.
Isteri yahudi ini dalam mimpinya memanggil Rasulullah ﷺ. Ya Muhammad. Kemudian Rasulullah ﷺ memandangnya dan menjawab "labbaiki". Labbaiki ini adalah jawapan terhormat
.
Isteri ini bertanya kenapa jawab seperti ini sedangkan aku bukan Muslimah. Rasulullah ﷺ menjawab, aku tidak akan menjawab dengan cara itu melainkan aku telah diberitahu oleh Allah bahawa petunjuk dan cahaya Islam telah masuk ke dalam dirimu. Isteri yahudi ini kemudian mengucap kalimah syahadah di dalam mimpinya
.
Isteri yahudi ini kemudian terjaga dari tidurnya dalam keadaan lidahnya sedang mengucapkan kalimah syahadah. Dia bangun dari tidur dalam keadaan yang sangat tenang seperti kehidupan baru. Isteri ini terus mencari suaminya
.
Isteri ini terlihat suaminya sedang menyembelih kambing. Isteri kemudian bertanya untuk apa sembelih kambing? Suami menjawab untuk buat kenduri Maulid. Isteri bertanya lagi, bila kamu masuk Islam? Suami menjawab, aku buat Maulid kerana mimpi kamu malam semalam
.
Isteri terkejut dan bertanya suaminya bagaimana dia tahu dia mimpi bertemu Rasulullah ﷺ. Suaminya menjawab, aku tahu kerana aku juga mimpi Rasulullah ﷺ. Dalam mimpi aku, Rasulullah ﷺ telah bagitahu Baginda juga akan bertemu kamu. Suami isteri ini kemudian sama-sama berselawat kepada Rasulullah ﷺ
.
Ulama' mengatakan kisah ini membuktikan betapa pentingnya selawat untuk diri kita, keluarga, harta dan jiran di sekeliling kita. Selawat ini menjadi punca banyaknya rezeki turun di kawasan kita. Mungkin kerana jiran kita yang kita tidak tahu bahawa dia banyak berselawat di dalam rumahnya
.
Maka sedarlah kita tentang pentingnya selawat kepada Rasulullah ﷺ. Zaman ini kita ramai terselamat kerana berkahnya Rasulullah ﷺ. Walaupun semasa dia zaman dajjal nanti. Disaat makanan dikawal oleh dajjal. Kita akan tetap akan terselamat dengan zikir dan selawat
.
*Nota ringkas kuliah FB live bersama Syeikh محمود الوصابي - Mahmoud Al Wosabi
316 viewsedited  23:51
باز کردن / نظر دهید
2021-09-07 02:51:59 PEMUDA MUSLIM DARI BRITISH HAMPIR MURTAD
.
zikir dan selawat sentiasa penting. Tapi di akhir zaman, zikir dan selawat ini jadi sangat penting. Ketika Allah menyuruh kita merujuk kepada Ulama', Allah gelar Ulama' dengan gelaran ahli zikir
.
Apakah tanda-tanda akhir zaman. Ulama' membahagikan tanda-tanda ini kepada dua. Iaitu tanda yang baik dan tanda yang buruk. Kita perlu cari dan mengetahui kedua-dua tanda ini supaya kita termasuk dalam tanda yang baik dan bukan termasuk dalam tanda yang buruk
.
Antara tanda akhir zaman yang buruk adalah manusia akan jadi sangat lalai. Mereka banyak berkata perkara yang tiada faedah dan lidah mereka kurang berzikir. Contoh di sosial media sekarang lebih banyak membincangkan perkara yang tiada faedah
.
Tanda akhir zaman yaag buruk lain adalah ramai orang mengejek dan membuka aib seseorang. Bangun pagi mereka sudah mula pegang handphone dan share perkara yang berkenaan. Lihat sekarang di sosial media, video kuliah agama dan video yang mendedahkan aib contohnya artist. Ramai yang lebih berminat dengan video mendedahkan aib
.
Lidah kita jika digunakan untuk berzikir, lidah ini tetap akan bergerak. Jika tidak berzikir, maknanya dia akan gunakan lidahnya untuk perkara yang tidak baik Rasulullah ﷺ pesan, di akhir zaman lebih baik berzikir atau diam
.
Cara melindungi diri dan keluarga di akhir zaman adalah perbanyakkan zikir dan selawat. Zaman sekarang sangat banyak orang mengumpat. Dalam Masjid juga terjadi orang-orang yang bercerita tentang hal dunia. Sehinggakan Allah bagitahu orang-orang ini tidak diperlukan
.
Akhir zaman ini akan terjadi ramai Ulama' meninggal dan banyaknya anak zina. Ada juga kumpulan yang bila bertemu, perkara pertama yang keluar dari mulut mereka adalah mencarut dan mereka saling bergelak ketawa dengan ucapan mencarut itu. Tiada lagi ucap Assalamualikum sesama mereka
.
Umat akhir zaman juga akan banyak rasa ragu-ragu termasuk dalam hal agama. Cara untuk bunag rasa ragu-ragu itu adalah dengan perbanyakkan zikir dan selawat. Banyak orang hidupnya tidak berkat dan tidak tenang puncanya adalah dirinya tidak berzikir
.
Orang yang banyak berselawat dan berzikir, walaupun akan berhadapan dengan zaman keliru dalam sesuatu perkara. Allah akan bantu dia dalam membuat sesuatu keputusan yang benar terhadapt sesuatu kekeliruan itu
.
Antara masalah besar di zaman kita ini adalah kurang percaya kepada agama. Ramai tak percaya kepada istighfar, tidak percaya kepada doa, tidak percaya kepada zikir, tidak percaya kepada selawat
.
Dari dulu lagi amalan-amalan inilah yang Rasulullah ﷺ pesan kepada Sahabat-Sahabat jika berdepan masalah. Kita ambil asbab seperti ubat-ubat tapi jangan lupa ambil sekali 'ubat-ubat' agama iaitu zikir dan selawat
.
Habib Ali Al-Jufri pernah mengisahkan satu hari beliau berjumpa dengan pemuda Muslim British. Pemuda ini berjumpa dengan Habib dan mengadu kehidupannya. Dia pernah sampai satu situasi dia mula tidak percaya tentang agama dan meragui kewujudan Tuhan
.
Pemuda ini kemudian berazam, esok selepas bangun dari tidur dia nak buktikan kepada keluarganya bahawa Tuhan ini tiada dan dia ingin murtad
.
Apabila bangun dari tidur, dia seperti biasa melakukan amalan hariannya iaitu berselawat. Sedang berselawat, kemudian dia tersedar bahawa semalam dia dah buat keputusan untuk murtad. Kenapa masih berselawat. Maka dia terus letakkan tasbihnya
.
Pemuda ini mula berfikir. Jika tiada Tuhan maknanya aku juga tidak percaya Nabi Muhammad ﷺ. Adakah Nabi Muhammad pendusta. Badannya terus menggigil seperti fitrahnya tidak setuju dengan pendapatnya itu. Dia terus lawan dan mengatakan mustahil Nabi Muhammad pendusta. Nabi Muhammad ﷺ pasti benar. Jika saya kata Nabi Muhammad ﷺ itu benar, bagaimana saya ingin katakan Tuhan tiada. Mustahil.
.
Kerana perkara inilah iaitu cintanya dia kepada Rasulullah ﷺ dan banyak berselawat kepada Rasulullah ﷺ, telah selamatkan dirinya daripada murtad. Walhal dirinya telah sampai ke kemuncak bahawa dia tidak percaya kepada Tuhan lagi. Kecintaan dan selawat ini yang menarik dirinya semula ke dalam Islam
302 viewsedited  23:51
باز کردن / نظر دهید