Get Mystery Box with random crypto!

Bercakap Sopan Dengan Ibu Bapa Ibnu Umar r.huma berkata kepad | Tazkirah Ringkas

Bercakap Sopan Dengan Ibu Bapa

Ibnu Umar r.huma berkata kepada seorang sahabat : "Mahukah kamu menjauhkan diri daripada neraka dan berasa cinta untuk memasuki syurga?"

Sahabat itu menjawab : "Demi Allah! Semestinya."

Selepas itu Ibnu Umar r.huma bertanya : "Adakah ibu bapamu masih hidup?"

Sahabat itu menjawab : "Ibuku masih hidup."

Ibnu Umar r.huma berkata : "Demi Allah! Sekiranya kamu bercakap dengan lemah lembut kepadanya, memberinya makan, nescaya kamu akan dimasukkan ke dalam syurga selagi kamu menjauhi dosa-dosa besar."

Imam Al Bukhari
Al-Adab Al-Mufrad