Get Mystery Box with random crypto!

'Ayah, macam mana kakak nak hargai ibu ayah?' 'Kakak, dalam 1 | Tazkirah Ringkas

"Ayah, macam mana kakak nak hargai ibu ayah?"

"Kakak, dalam 1 hadis, antara perkara yang sangat bermanfaat bagi ibu ayah adalah doa anak2 yang soleh/solehah.

Jadi, mendoakan ibu ayah adalah perkara paling asas dan penting.

Doakan ibu ayah agar diampunkan segala dosa dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Tapi bila nanti kakak dah besar dan dah kerja, kakak nak bagi duit atau harta kepada ibu ayah itu another story. Itu bukan keutamaan.

Yang utama dan penting adalah doa kepada ibu ayah kena sentiasa dibaca sama ada ibu ayah masih hidup atau dah meninggal dunia ya."
...............

Di atas adalah diantara pertanyaan anak2 kepada saya yang sengaja saya kongsikan agar ada manfaat kepada sesetengah pembaca.

Didiklah anak2 menjadi soleh/solehah agar doanya nanti didengari dan dimakbulkan oleh Allah. Ibu ayah juga yang beruntung lebih lebih lagi ketika berada di alam kubur.

Namun, perlu kita sedar bahawa mendidik anak2 menjadi soleh/solehah itu bermula daripada ibu ayah yang terlebih dahulu perlu menjadi soleh/solehah.

Wallahu'alam.

#AkhiAdifGorment
05 Mei 2023