Get Mystery Box with random crypto!

Kerja: Pesan Amirul Mukminin Umar al-Khattab, “Bekerjalah untu | عباد الرّحمـٰن

Kerja: Pesan Amirul Mukminin Umar al-Khattab, “Bekerjalah untuk akhirat kalian, nescaya akan dicukupkan urusan dunia kalian.”

Al-Qur’ān mengajar manusia bahawa dunia ini hanyalah seketika tetapi yang kekal adalah hari yang kemudian. (87:17) Tiada siapa yang tahu bila hidupnya akan berakhir melainkan semua pengetahuan itu di sisi Allah, (3:145) maka sentiasalah hidup ini dalam keadaan berjaga-jaga. Ketahuilah, setiap pekerjaan kita ada nilainya di sisi Allah (99:7-8) dan ia adalah barang gadaian kita nanti. (52:21) Oleh kerana itu, bekerjalah di dunia ini dengan sungguh-sungguh, iaitu dalam hal-hal kebajikan dan taqwa (5:2) dan bekerja keraslah (9:20) supaya ia menjadi timbangan yang berat apabila dihitung nanti. (101:6)

Namun, tanpa ilmu yang sebenar mana mungkin kita mengetahui tujuan dan mengatur langkah kerjanya. (2:2) Tiada sebarang ilmu yang mengajar kita tentang akhirat melainkan al-Qur’ān. Maka, inilah ilmu yang sebenar-benar dan merupakann asas kehidupan. Yang lain hanyalah kemahiran yang boleh dipelajari mengikut kesesuaian dan keperluan hidup kita. Jadilah orang yang bijak dengan mengutamakan dahulu yang paling utama supaya hidup ini di atas jalan yang betul iaitu pengabdian diri hanya kepadaNya. (36:61)