Get Mystery Box with random crypto!

Rahsiakan Amal Ibadahmu, Pelihara Hati Mu Ketahuilah, antara | عباد الرّحمـٰن

Rahsiakan Amal Ibadahmu, Pelihara Hati Mu

Ketahuilah, antara sebab utama rosaknya amal adalah berpunca daripada hati. Peliharalah hati kita daripada riyak, sum'ah dan ujub. Peliharalah ia!

Hati yang ikhlas mengarahkan segala keinginannya hanya untuk mendapatkan ridha Allah, dan melupakan segala pandangan mata manusia terhadapnya.

Justeru, elakkan daripada kita mencatat di media sosial tentang amal kita. Yakinlah bahawa malaikat sudah sedia mencatat apa yang kita lakukan dan Tuhan kita Maha Mengetahui. Dia tidak mengantuk dan tidur.

Dikalangan salaf, mereka merasa takut amal itu tidak diterima lebih berat berbanding melaksanakan amal tersebut.

Fadalah bin Ubayd – raḍiyalLāhu ‘anh – berkata, “Sungguh, jika aku tahu amalku diterima oleh Allah walau sebiji zarah, itu lebih aku cintai daripada dunia seisinya.”

Semoga Allah pelihara kita semua sepanjang dalam melaksanakan amal soleh kita.

#amal #hati #medsos #socmed