Get Mystery Box with random crypto!

*TIPS JAGA KESIHATAN UNTUK RAMADHAN* Kesihatan adalah keadaan | 💖PuiSi cInT@fAzD💞

*TIPS JAGA KESIHATAN UNTUK RAMADHAN*

Kesihatan adalah keadaan yang sempurna. *Sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial*. Tips menjaga kesihatan fizikal dengan pemakanan seimbang.

*Awalkan berbuka, lewatkan bersahur*. Untuk kekal bertenaga, hendaklah mengambil karbohidrat kompleks secukupnya. Apa contoh karbohidrat kompleks?

Contoh *karbohidrat kompleks ialah, roti, nasi, buah buahan, sayur sayuran dan kekacang*. Makanan jenis ini mengambil masa lebih lama untuk dihadam.

Apabila proses penghadaman adalah lebih perlahan. Maka paras gula dalam darah tidak akan naik mendadak. Dan tenaga itu *boleh guna lama*.

Kita juga *tidak digalakkan makan terlalu banyak semasa berbuka*. Ini bagi mengelakkan ibadah kita terganggu. Sepertimana kita tahu, ramadhan adalah bulan ibadah.

*Rugilah jika kita dahulukan makanan. Ketepikan ibadah*. Sangat rugi. Kerana 1 kebaikan yang dilakukan akan digandakan kpd 10-700 kali.

Dan *diampunkan dosa bagi hambaNya yang berpuasa kerana imannya. Dan kerana dia taat serta patuh kepada Allah swt*. Hal ini telah disebut dalam sepotong hadis.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda :

*"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman & ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas"*.

(Hadith Riwayat Al-Bukhari &
Muslim)

Bagaimana nak beribadah jika sakit? Itulah pentingnya menjaga kesihatan. Kerana *tubuh badan yang sihat menjaminkan ibadah yang sempurna*. Inshaallah

Ayuhlah kita *jaga kesihatan demi ibadah yang sempurna*. Banyakkan ibadah, & dan istiqamah dalam berdoa serta bertaubat di bulan mulia ini, Ramadhan.

Ikhlas,
*Nurul*
*Muszleem Malaysia*

@hatikuhatimu