Get Mystery Box with random crypto!

SEMUANYA AKAN KEMBALI INDAH Jalan kehidupan kadangkala memang | 💖PuiSi cInT@fAzD💞

SEMUANYA AKAN KEMBALI INDAH

Jalan kehidupan kadangkala memang tidak seiringan dengan apa yang kita idamkan. Ada banyak perkara dalam kehidupan yang diluar kawalan kita. Kadangkala, sesuatu perkara itu memerlukan kita untuk mengalah. Sekuat-kuat hati ada masa ia rapuh, serapuh-rapuhnya. Dan setabah-tabah diri, airmata akhirnya mengalir jua.

Bukan mudah nak menjadi tabah, kadang mata dah berair, hati dah remuk tapi masih lagi mampu tersenyum. Lepaskan semua yang telah tiada dalam hidup kita. Biarkan kisah semalam terus kekal menjadi kenangan. Tapi jangan kenangan itu menjadi penghalang untuk kita mencari kebahagian yang lain.

Carilah tempat dimana dirimu dihargai bukan diperlukan. Sebab ramai yang datang kerana perlu tapi lupa untuk menghargai. Biar badanmu lelah, matamu basah. Tapi jangan hatimu lemah, jiwamu kalah. Jangan pernah menyerah. Bangkit bina kembali apa yang hilang dan pergi itu. Semuanya akan kembali indah.

Bayangan masa silam ada kemanisan dan kepahitannya. Simpan yang manis buang yang pahit. Jadikan yang manis itu sebagai satu sumber kehidupan yang lebih cemerlang. Teruskan perjuangan hidup demi mencari redha dalam ketenangan dan percayalah masih ada sinar dicelah-celah kehidupan ini.

Sabar dalam diam itu akan menjadi indah, bila kita faham setiap orang yang hadir itu bersebab. Ia adalah ujian dari ALLAH untuk menguji kesabaran dan keimanan didalam jiwa hambaNYA yang bertakwa. Percayalah, pasti akan ada kemanisan dipenghujung tiap kesabaran.

Perkara yang paling sulit bukanlah untuk melupakan masa lalu. Tapi untuk membina kembali apa yang telah hancur dimasa lalu. Mampu menahan kesabaran ketika marah, bersifat pemaaf sesama manusia.. insyaaAllah itulah sebahagian sifat ahli Syurga.

Yang hilang boleh dicari. Yang berlalu biarkan ia pergi. Yang lampau tak dapat di ulangi. Yang penting hari ini kita menghargai. Dekatkan diri dengan ALLAH. Semakin dekat diri dengan ALLAH, semakin terasa ringan bebanan hidup. Kawal diri jangan mudah susah hati. Kawal perasaan jangan mudah tertekan. Dan hidup ini hanyalah sementara, jadikan ia penuh makna.

#selamatmalam

@hatikuhatimu