Get Mystery Box with random crypto!

Kita diam bukan bererti bisu, tapi tak berminat nak ambil tahu | 💖PuiSi cInT@fAzD💞

Kita diam bukan bererti bisu, tapi tak berminat nak ambil tahu.

Menjauhkan diri bukannya sombong, tapi malas nak layan dosa kering.

Biar kita tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum.

Lumrah manusia hanya mampu menilai apa yang ia lihat.

Namun yang tersembunyi tak sekalipun ia dapat menilainya.

Cara terbaik menghukum orang adalah diamkan saja, tidak usah dipedulikan lagi.

Itu sudah menyakitkannya sama sekali

Diam adalah ibadah tanpa kelelahan.

Keindahan tanpa perhiasan.
Kewibawaan tanpa penguasaan.

Banyak bicara, hati kita akan keras.
Banyak bicara, akan menunjukkan kelemahan kita sendiri.

Diam bukan bererti kalah.
Diam bukan bererti mengalah.
Diam itu lebih baik dari berbicara.

Kerana ..
Seandainya bicara kita melukai perasaan orang, bertambahlah dosa kita.

"Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan Atid .."
~ QS. Surah Qaff : 18

Sebenarnya kita memilih untuk diam bukan sebab tak tahu apa-apa, tetapi kita tak mahu mengeruhkan lagi suasana.

Banyak diam tidak semestinya bodoh.
Banyak cakap tidak semestinya cerdik.

Tetapi ..
Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.

Menasihati orang yang bersalah tidak salah, yang salah memikirkan kesalahan orang lain.

Kalau orang menghina kita bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.

Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik.

Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Alhamdulillah

@hatikuhatimu