Get Mystery Box with random crypto!

ALLAH TIDAK MENINGGALKAN MU Duhai anakku tercinta, Hidup ini | 💖PuiSi cInT@fAzD💞

ALLAH TIDAK MENINGGALKAN MU

Duhai anakku tercinta,

Hidup ini adalah untuk mujahadah nafsu bukannya hidup untuk mengikut hawa nafsu. Justeru itu dalam hidup mu tiada akan berlaku semua keinginan mu tercapai, malah berlaku sebaliknya yang menyakiti nafsu mu.

Barat memberi makna kebebasan sebagai melakukan apa sahaja keinginan nafsu sedangkan makna kebebasan dalam Islam ialah membebaskan diri kemahuan nafsu dan Redha dengan Kemahuan الله.

Duhai anakku,

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mu. DIA menyayangi mu jauh berganda dari sesiapa jua yang menyayangi mu. Justeru itu DiA memerintah agar engkau Redha dan Sabar dengan apa yang berlaku pada mu, tenang dalam pelukan CintaNya.

Tahan kepedihan dan telan kepahitan, lihat disebaliknya الله yang mengerakkan untuk ia berlaku walaupun engkau berusaha dan berdoa agar tidak berlaku. Yang pasti Allah tidak sekali-kali membenci dan meninggalkan mu, DIA sentiasa bersama mu dalam setiap nafas mu dengan penuh Ar Rahman.

"Demi waktu dhuha, dan demi malam apabila telah gelap gulita, Rabbmu tidak akan pernah meninggalkanmu dan tidak pula membencimu...” (Adh Dhuha : 1-3).

Duhai anakku,

Jika engkau mahu kebahagiaan dunia yang sedetik ini, maka hiduplah dengan keinginan nafsu dan engkau menentang serta merungut dengan takdir yang berlaku. Apa yang Allah takdirkan adalah untuk memberi kedudukan maqam disisiNya dan kenikmatan di Syurga nanti jika engkau Redha dan Sabar.

Namun jika engkau memilih untuk tidak rRedha dan mengikuti nafsu, kamu akan perolehi apa yang engkau mahu di dunia, tetapi engkau kehilangan maqam dan kurniaan yang disediakan Allah pada mu.

Dunia adalah tempat kesakitan sama ada pada fizikal, mental, emosi dan Ruh. Perjalanan CINTA adalah mengintai CINTA disebalik kepedihan nafsu. Jika engkau dicintai الله، pasti engkau akan disakiti dan diremuk jiwa dengan takdirNya hingga tiada lagi dihati mu selain dariNya, hanya DIA yang boleh menenangkan diri mu.

Duhai anakku,

Beruntung diri mu disebalik kehilangan apa yang engkau cintai dan mahukan. Engkau perolehi الله dalam jiwa mu lantaran engkau Redha dan Sabar. Rugi diri mu dengan ujian kesakitan nafsu mu yang ditakdirkan jika engkau tidak redha dan sabar, engkau menderita dalam kehidupan dunia dan kehilangan الله pada jiwa mu, malah akan menderita di akhirat nanti jika engkau tidak segera berlari pada Allah.

Jadikan Al Quran, Solat, Zikir dan Selawat serta berteman sahabat yang soleh  sebagai penawar pada hati mu, agar tenteram nafsu mu dalam hadapi samudera kehidupan ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Wallahualam.

Walid Ibrahim al Malik

#tinta Sufi

@hatikuhatimu