Get Mystery Box with random crypto!

عباد الرّحمـٰن

لوگوی کانال تلگرام hambaalrahman — عباد الرّحمـٰن ع
لوگوی کانال تلگرام hambaalrahman — عباد الرّحمـٰن
آدرس کانال: @hambaalrahman
دسته بندی ها: دین
زبان: فارسی
مشترکین: 140
توضیحات از کانال

Al-Furqān, 25:63-77
__________________
قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: (( تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ )).
[Mālik, al-Muwatta’ (1874). Tahqīq al-Albānīy: Ḥadīth Hasan.]

Ratings & Reviews

2.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


آخرین پیام ها 2

2022-03-04 12:22:52

97 views09:22
باز کردن / نظر دهید
2022-02-16 03:46:13 Asḥāb al-Ukhdūd.
109 viewsedited  00:46
باز کردن / نظر دهید
2022-02-12 04:39:12 سُورَةُ الجَاثِيةِ

أَفَرَءَيْتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِۦ وَقَلْبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِنۢ بَعْدِ ٱللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ﴿٢٣﴾

Malay – Abdullah Muhammad Basmeih

23. Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

[Al-Jāthiyah, 45:23 · Juz’ 25 · Hlm. 501]
110 viewsedited  01:39
باز کردن / نظر دهید
2022-02-10 08:27:36 سُورَةُ آلِ عِمۡرَانَ

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُۥ قَالَ رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ ﴿٣٨﴾

English – Ṣaḥīḥ International

38. At that, Zechariah called upon his Lord, saying, "My Lord, grant me from Yourself a good offspring. Indeed, You are the Hearer of supplication."

[Āli ‘Imrān, 3:38 · Juz’ 3 · Hlm. 55]
78 viewsedited  05:27
باز کردن / نظر دهید
2022-02-10 02:42:48 سُورَةُ الزُّمَرِ

قُلْ يَٰعِبَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّٰبِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ ﴿١٠﴾

Malay – Abdullah Muhammad Basmeih

10. Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

[Az-Zumar, 39:10 · Juz’ 23 · Hlm. 459]
74 viewsedited  23:42
باز کردن / نظر دهید
2022-01-30 05:41:56
82 views02:41
باز کردن / نظر دهید
2022-01-22 02:32:52 Wallahu 'alam bi al-sawab.
86 views23:32
باز کردن / نظر دهید
2022-01-22 02:32:13 Istiqamah Belajar Memahami Al-Qur'an, Amalkan Isi Kandungannya dan Berkongsi Kebaikannya

Allah menyatakan tujuan penurunan al-Qur’ān menerusi firman-Nya:

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Al-Qur’ān ini) adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muḥammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, supaya mereka (umatmu) berusaha untuk (mentadabbur) belajar memahami dengan teliti isi kandungan ayat-ayatnya, dan supaya orang-orang yang berakal sempurna dapat mengambil pengajaran.
[Sūrah Ṣād (38) ayat 29]

Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang bertanya kepada para hamba-Nya yang enggan berusaha memahami kalam-Nya menerusi firman-Nya:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Kenapakah mereka tidak mahu berusaha untuk (mentadabbur) memahami serta memikirkan isi kandungan al-Qur’ān? Atau sebenarnya telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Qur’ān)?
[Sūrah Muḥammad, (47) ayat 24]

Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – menyatakan betapa mulianya orang yang berusaha mempelajari, memahami dan mengajar serta menyebarkan al-Qur’ān menerusi sabdanya:

خيركم من تعلّم القرآن وعلّمه

Yang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang yang mempelajari al-Qur’ān dan mengajarkannya.
[Ṣaḥīḥ al-Bukhārīy, 4639]

Semoga Allah terus merezekikan kita untuk mempelajari kalam-Nya (al-Qur’ān) yang mulia serta mengamalkan isi kandungannya selagi hayat dikandung badan, InshaAllah. Ketahuilah sesiapa yang telah berniat untuk hadir mempelajari al-Qur’ān yang mana hal tersebut telah menjadi rutin kebiasaannya, namun satu ketika ia terhalang untuk melakukan hal tersebut oleh kerana sebab-sebab yang telah ditentukan Allah. InshaAllah... semoga Allah mengurniakan ganjaran yang serupa di atas niat murninya tersebut.

Daripada Abu Musa, daripada Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Jika seorang hamba itu sakit atau bermusafir, maka dicatat baginya pahala sebagaimana amalan kebiasaan yang dia lakukan ketika bermukim dan ketika sihat.
[Ṣaḥīḥ al-Bukhārīy, 2996]

Ibn Hajar Al-Asqalani mensyarahkan ḥadīth ini dengan menyatakan:

وَهُوَ فِي حَقّ مَنْ كَانَ يَعْمَل طَاعَة فَمَنَعَ مِنْهَا وَكَانَتْ نِيَّته لَوْلَا الْمَانِع أَنْ يَدُوم عَلَيْهَا

Ḥadīth di atas berlaku untuk orang yang ingin melakukan amalan ketaatan namun dia terhalang daripada melakukannya (atas sebab-sebab yang tertentu). Sedangkan dia sudah berniat untuk melakukannya, dan sekiranya tiada halangan tersebut, amalan itu pasti akan dijaga dan dilakukan seperti kebiasaan.
[Fatḥ al-Bārīy, 6:136]

Sabda Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ خُذُوا مِنْ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ

Wahai sekalian manusia berusahalah mengerjakan amalan kebaikan selagimana kamu termampu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan pernah jemu untuk (mengurus, menerima dan memberi ganjaran atas usaha perbuatanmu) sehingga kamu kelak yang akan merasa jemu, (ketahuilah) sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (yakni amalan ṣaḥīḥ yang menjadi rutin kebiasaan) walaupun sedikit.
[Ṣaḥīḥ al-Bukhārīy, 5413]

Allah ta‘ala tidak akan menzalimi para hamba-Nya. Setiap amalan baik dan buruk akan dinilai secara adil walau seberat zarrah sekalipun, oleh itu janganlah kita pernah meremehkan nilai pahala dan dosa walau sekecil-kecilnya.

Firman Allah ta‘ala:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali akan menzalimi (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). (Bahkan) jika (amalannya yang seberat zarrah) itu merupakan amalan kebajikan, nescaya Allah akan menggandakannya dan akan memberikan dari sisiNya, pahala yang amat besar.
[Sūrah An-Nisā’, (4) ayat 40]
84 views23:32
باز کردن / نظر دهید
2022-01-17 06:32:04

79 views03:32
باز کردن / نظر دهید
2021-12-23 10:42:46 سُورَةُ الرُّومِ

ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤١﴾

Malay – Abdullah Muhammad Basmeih

41. Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

[Ar-Rūm, 30:41 · Juz’ 21 · Hlm. 408]
108 viewsedited  07:42
باز کردن / نظر دهید