Get Mystery Box with random crypto!

Ali Imran Abdul Aziz

لوگوی کانال تلگرام notaalimranaz — Ali Imran Abdul Aziz A
لوگوی کانال تلگرام notaalimranaz — Ali Imran Abdul Aziz
آدرس کانال: @notaalimranaz
دسته بندی ها: دین
زبان: فارسی
مشترکین: 3.94K
توضیحات از کانال

Masih seorang murid yang menjalankan hak ilmu. Bukankah antara hak ilmu itu adalah untuk disampaikan?

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

1


آخرین پیام ها 26

2021-07-18 17:48:06 Selain daripada memperbanyakkan berzikir dan berdoa. Antara amalan bagi perempuan yang uzur adalah dengan menyediakan makanan untuk orang berpuasa. Bahkan pahala boleh menyamai atau menandingi pahala orang yang berpuasa.

Nabi kita bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya : Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.
Riwayat Al-Tirmizi (807)


Samada menyediakan dengan membelanja makan, memasakkan makanan lalu diberikan kepada orang yang berbuka puasa atau meliputi perbuatan membantu penyediaan makanan serta mengagihkan makanan.

Setiap seorang yang terlibat dalam usaha memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, akan diganjarkan pahala dengan mengikut kadar usaha sama ada banyak ataupun sedikit.

Bahkan Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa beliau berkata :

“Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’.

Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam

Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti yang disebutkan dalam firman Allah:

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

Maksudnya : Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.
Surah Al-An’aam (160)

Justeru, apabila seseorang itu memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa maka dia akan mendapat ganjaran puasa sebanyak 36 kali. Kemudian pahala tersebut digandakan kepada 10 kali bagi setiap satu maka keseluruhannya dia akan mendapat 360 ganjaran dan ia merupakan jumlah hari dalam setahun mengikut kalendar hijrah.

Perempuan, lebih mudah raih pahala dan pintu kebaikan tidak pernah tertutup buat kalian.
2.0K viewsAli Imran, 14:48
باز کردن / نظر دهید
2021-07-18 16:31:24 Nak tahu tak kalau perempuan yang uzur tak boleh nak puasa. Apa amalan dia boleh buat?
1.4K viewsAli Imran, 13:31
باز کردن / نظر دهید
2021-07-18 16:29:46 Jom puasa ramai-ramai esok.
1.4K viewsAli Imran, 13:29
باز کردن / نظر دهید
2021-07-18 16:29:00
1.4K viewsAli Imran, 13:29
باز کردن / نظر دهید
2021-07-17 16:25:13 Berkenaan adakah boleh menggabung niat qadha dan puasa sunat tarwiyah dan arafah.

Lebih baik jika seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa sunat-sunat lainnya.

Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat tetap dibolehkan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut.
1.5K viewsAli Imran, edited  13:25
باز کردن / نظر دهید
2021-07-17 15:59:33 PUASA SUNAT TARWIYAH (esok) & HARI ARAFAH (Isnin)

Disunatkan utk kita semua berpuasa pada esok & isnin (18 & 19 Julai) sebelum tiba Hari Raya Aidiladha
Esok(Ahad) dipanggil Hari Tarwiyah,manakala Isnin dipanggilkan Hari Arafah
Kedua dua hari ini sangat besar pahala & ganjaran nya disisi Allah
Lafaz niat puasa hari tarwiyah : Shj aku berpuasa sunat hari tarwiyah kerana Allah Taala
Lafaz niat puasa hari arafah : Shj aku berpuasa sunat hari arafah kerana Allah Taala
Afdhal niat berpuasa adalah pada malam hari,akan tetapi sekiranya terlupa,dibolehkan niat puasa sunat ini pada siang hari
Dalil : Rasululah SAW bersabda
صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ
Maksudnya: “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”
Kelebihan puasa hari arafah(isnin) diampun dosa setahun yg lalu dan diampunkan dosa setahun kedepan
Akan tetapi perlu difahami,diampun dosa setahun kedepan itu bermaksud diberikan taufik kepada seseorang itu dengan melakukan amalan-amalan soleh dan banyak bertaubat serta dipelihara daripada jatuh melakukan maksiat
1.1K viewsAli Imran, 12:59
باز کردن / نظر دهید
2021-07-17 02:33:35 Sayidatuna Khadijah
1.6K viewsAli Imran, 23:33
باز کردن / نظر دهید
2021-07-16 19:36:57 ‎Luasnya rahmat Allah.

‎Kata Ibn ‘Abbas رضي الله عنه:

‎إن الله ينزل رحمات يوم القيامة حتى يظن إبليس أن الله سيغفر له

‎Sesungguhnya Allah menurunkan rahmat-rahmat pada hari kiamat sehingga Iblis menyangka bahawa Allah akan mengampunkannya.

-Riwayat Thabrani
1.6K viewsAli Imran, 16:36
باز کردن / نظر دهید
2021-07-16 16:33:21 Sayyidatuna Khadijah ( Tempat Berlabuhnya Jiwa Rasulullah)
1.8K viewsAli Imran, 13:33
باز کردن / نظر دهید