Get Mystery Box with random crypto!

Ali Imran Abdul Aziz

لوگوی کانال تلگرام notaalimranaz — Ali Imran Abdul Aziz A
لوگوی کانال تلگرام notaalimranaz — Ali Imran Abdul Aziz
آدرس کانال: @notaalimranaz
دسته بندی ها: دین
زبان: فارسی
مشترکین: 3.94K
توضیحات از کانال

Masih seorang murid yang menjalankan hak ilmu. Bukankah antara hak ilmu itu adalah untuk disampaikan?

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

1


آخرین پیام ها 5

2022-05-17 09:30:03 Siapa dah ready untuk Kelas Hadith Wanita? malam ni kita mula semula.
683 viewsAli Imran, 06:30
باز کردن / نظر دهید
2022-05-16 19:32:29 Ketika saya menyampaikan sesuatu tentang agama dan kebaikan Allah, itu bukan kerana saya yang baik. Tetapi itu adalah soal urusan agama yang indah dan Allah itu yang terlalu baik hingga memang berhak untuk disebut dan terus disampaikan. Terlalu rugi untuk didiamkan apatah lagi disembunyikan. Moga perkongsian selama ini dinilai sebagai ‘ibadah yang diterima.

Selamat hari guru untuk semua penyampai ilmu, ingatlah bahawa ilmu ini selama-lamanya adalah milik Allah. Kita hanyalah penyampai dan perantara orang untuk mendapatkan ilmu.

Baginda Nabi bersabda:

إن الله وملائكته وأهل السموات والأرضين، حتى النملة في جحرها، وحتى الحوت في البحر؛ ليصلون على معلمي الناس الخير.

Sesungguhnya Allah, malaikatNya, ahli langit dan bumi, sehinggakan semua di lubangnya, dan ikan di lautan berselawat (mendoakan) ke atas pengajar (guru) kebaikan kepada manusia. (HR Al-Tirmizi, sahih)
1.5K viewsAli Imran, edited  16:32
باز کردن / نظر دهید
2022-05-10 17:09:54 Semoga tidak pernah kehabisan cara untuk menikmati bahagia - apa pun bentuknya. Semoga juga kalau bahagia itu belum mampu menyembuhkan, Allah mahu untuk selalu menguatkan.
981 viewsAli Imran, 14:09
باز کردن / نظر دهید
2022-05-02 14:44:22 Dengan ini, kami ucapkan salam perpisahan di atas jalan kemuliaan untukmu, Ramadhan. Selamat jalan, dan Terima kasih sudah datang dengan ampunan dan kasih sayang. Salam sejahtera bagimu, wahai bulan yang menjadi hari raya bagi para kekasih Allah.
232 viewsAli Imran, 11:44
باز کردن / نظر دهید
2022-04-29 02:23:42 Salah satu saranan guru-guru kami di penghujung Ramadan adalah memperbanyak niat-niat baik untuk setahun akan datang. Agar niat tersebut diberi ganjaran pahala yang sangat banyak kerana telah diniatkan pada bulan Ramadan.
54 viewsAli Imran, 23:23
باز کردن / نظر دهید
2022-04-29 02:18:57
Kita kena akui bahawa dosa kita sangat banyak, puasa kita tidak sempurna, malam diisi dengan kelalaian, dan siang hanya digunakan untuk kesia-siaan. Namun, dengan hati yang penuh harapan, semoga Tuhan yang Maha Dermawan, menerima puasa dan bacaan Al-Quran, dan dibalas dengan keampunan
71 viewsAli Imran, edited  23:18
باز کردن / نظر دهید
2022-04-28 19:25:38 Malam ini merupakan malam ke- 27 Ramadan. la merupakan malam yang amat diharapkan berlaku padanya Lailatul Qadr. Lebih-lebih lagi, malam ini juga
merupakan malam Jumaat.
117 viewsAli Imran, 16:25
باز کردن / نظر دهید
2022-04-25 20:48:38 "Wahai jiwa, malam ini adalah waktu malam akhir-akhir Ramadan. Tiada malam untukmu selain malam ini. Maka semangatlah!"
207 viewsAli Imran, edited  17:48
باز کردن / نظر دهید
2022-04-24 18:37:42 SALAF AL-SOLIH PADA 10 MALAM TERAKHIR

1. Saidina Tamim al-Dari membeli pakaian dengan harga 1000 dirham untuk beribadah pada 10 malam terakhir dan malam yang diharapkan berlaku lailatulqadar.

2. Ibrahim al-Nakhaie (Faqih Iraq) mandi pada setiap malam pada 10 malam terakhir.

3. Ayyub al-Sakhtiyani (Muhaddis) mandi pada malam 23 dan 24 dan mengenakan pakaian yang baharu pada kedua malam tersebut dan memakai wangi-wangian.

4. Saidina Thabit al-Bunani mengenakan pakaian yang baru serta berwangi-wangian dan mewangikan masjid pada malam yang diharapkan lailatulqadar.

5. Imam Malik apabila masuk 10 malam terakhir akan mandi setiap malam, berwangi-wangi dan memakai pakai yang tidak dipakai melainkan dipakai pada 10 malam terakhir.

Kata Al-Hafiz Ibn Rajab, (Kerana melihat kesungguhan para Salaf menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan)

“Dituntut pada malam yang diharapkan berlaku lailatulqadar, membersih diri, berhias, berwangi-wangi dengan mandi dan wangi-wangian serta mengenakan pakaian yang baik sebagaimana hari jumaat.”

Faedah daripada Majlis Sofa', Syeikh (Muhaddis) Muhammad Nai'im 'Ariqsusi حفظه الله
275 viewsAli Imran, 15:37
باز کردن / نظر دهید
2022-04-23 10:44:18 Ya Allah, hujung dah Ramadan ni
583 viewsAli Imran, 07:44
باز کردن / نظر دهید