Get Mystery Box with random crypto!

💖PuiSi cInT@fAzD💞

لوگوی کانال تلگرام hatikuhatimu — 💖PuiSi cInT@fAzD💞 P
لوگوی کانال تلگرام hatikuhatimu — 💖PuiSi cInT@fAzD💞
آدرس کانال: @hatikuhatimu
دسته بندی ها: نقل قول ها
زبان: فارسی
مشترکین: 9.78K
توضیحات از کانال

Aku "RAPUH" tanpa cintaMu,
"Keikhlasan" adalah bukti "kesabaran"
yg sejati..
For swap pm : @fazd_fadz
Groupchat join us: @cuit2cinta

Ratings & Reviews

2.00

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

1

1 stars

1


آخرین پیام ها 7

2022-08-16 17:06:58
@hatikuhatimu
1.0K views14:06
باز کردن / نظر دهید
2022-08-12 15:04:19 Ada orang memilih utk hidup susah walaupun ada pilihan utk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua kerana sayang utk spend the money.. Takpe lah.. Dia bahagia cara dia.
Ada orang memilih utk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh..rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu utk melancong, kenal negara orang..takpe lah..
Bahagia cara dia...
Ada orang memilih utk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam.. Alhamdulillah dia bahagia cara dia..
Ada orang memilih utk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dlm bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja.. Takpe lah dia bahagia cara dia..
Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yg diberikan orang, hidup dlm serba kekurangan tapi Alhamdulillah diberikan Allah nikmat Bahagia bersama keluarga tersayang.
Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKUR LAH..
Tetapi jangan sesekali menghina orang lain dan jangan pernah merasa DIRI KITA SAHAJA BETUL.

Kredit: shikin ahmad

#salamisyak

@hatikuhatimu
1.4K views12:04
باز کردن / نظر دهید
2022-08-10 12:19:06 Isteri-isteri….

Kena ambil tahu.
Jangan buat-buat tak tahu.
Jangan buat keras kepala.

Andainya suami kita meninggal dunia……

1- Hari pertama meninggal, kita sudah berada dalam iddah. 4 bulan 10 hari.

2- Tidak boleh menghantar jenazah suami di perkuburan.

3- Kita tidak dibenarkan keluar rumah tanpa sebab. Kenduri kendara tidak dibenarkan. Pergilah setelah habis iddah 4 bulan 10 hari.

4- Tidak boleh berhias, makeup, pakai baju lawa-lawa.

# Gelang emas tidak perlu pakai. Dan perlu ditanggalkan kerana tiada keperluan. Sebab kita berhias hanya untuk suami. Pakailah setelah habis iddah 4 bulan 10 hari.

Perkara yang kita perlu tahu kadang-kadang kita terlepas pandang.

Kredit : Ustaz Mohd Zaki Zulkifli

@hatikuhatimu
1.4K views09:19
باز کردن / نظر دهید
2022-08-08 02:46:15
𝐴𝑙ℎ𝑎𝑚𝑑𝑢𝑙𝑖𝑙𝑙𝑎ℎ...
@hatikuhatimu
1.5K views23:46
باز کردن / نظر دهید
2022-08-03 16:51:59 SEMUANYA AKAN KEMBALI INDAH

Jalan kehidupan kadangkala memang tidak seiringan dengan apa yang kita idamkan. Ada banyak perkara dalam kehidupan yang diluar kawalan kita. Kadangkala, sesuatu perkara itu memerlukan kita untuk mengalah. Sekuat-kuat hati ada masa ia rapuh, serapuh-rapuhnya. Dan setabah-tabah diri, airmata akhirnya mengalir jua.

Bukan mudah nak menjadi tabah, kadang mata dah berair, hati dah remuk tapi masih lagi mampu tersenyum. Lepaskan semua yang telah tiada dalam hidup kita. Biarkan kisah semalam terus kekal menjadi kenangan. Tapi jangan kenangan itu menjadi penghalang untuk kita mencari kebahagian yang lain.

Carilah tempat dimana dirimu dihargai bukan diperlukan. Sebab ramai yang datang kerana perlu tapi lupa untuk menghargai. Biar badanmu lelah, matamu basah. Tapi jangan hatimu lemah, jiwamu kalah. Jangan pernah menyerah. Bangkit bina kembali apa yang hilang dan pergi itu. Semuanya akan kembali indah.

Bayangan masa silam ada kemanisan dan kepahitannya. Simpan yang manis buang yang pahit. Jadikan yang manis itu sebagai satu sumber kehidupan yang lebih cemerlang. Teruskan perjuangan hidup demi mencari redha dalam ketenangan dan percayalah masih ada sinar dicelah-celah kehidupan ini.

Sabar dalam diam itu akan menjadi indah, bila kita faham setiap orang yang hadir itu bersebab. Ia adalah ujian dari ALLAH untuk menguji kesabaran dan keimanan didalam jiwa hambaNYA yang bertakwa. Percayalah, pasti akan ada kemanisan dipenghujung tiap kesabaran.

Perkara yang paling sulit bukanlah untuk melupakan masa lalu. Tapi untuk membina kembali apa yang telah hancur dimasa lalu. Mampu menahan kesabaran ketika marah, bersifat pemaaf sesama manusia.. insyaaAllah itulah sebahagian sifat ahli Syurga.

Yang hilang boleh dicari. Yang berlalu biarkan ia pergi. Yang lampau tak dapat di ulangi. Yang penting hari ini kita menghargai. Dekatkan diri dengan ALLAH. Semakin dekat diri dengan ALLAH, semakin terasa ringan bebanan hidup. Kawal diri jangan mudah susah hati. Kawal perasaan jangan mudah tertekan. Dan hidup ini hanyalah sementara, jadikan ia penuh makna.

#selamatmalam

@hatikuhatimu
1.8K views13:51
باز کردن / نظر دهید
2022-08-03 16:45:57 Hidup ini tak selalu indah,
Ada masa tinggi rendah,
Tetapkan niat kerana Allah,
Berusaha, berdoa dan berserah.

@hatikuhatimu
1.4K views13:45
باز کردن / نظر دهید
2022-08-03 16:42:20 jangan terlalu dipaksa.
Ragamu juga punya hak untuk beristirahat.

@hatikuhatimu
1.4K views13:42
باز کردن / نظر دهید
2022-08-03 16:40:50 dibuat nyaman oleh keadaan dan dihancurkan oleh kenyataan


@hatikuhatimu
1.4K views13:40
باز کردن / نظر دهید
2022-08-03 16:39:39 Tidak semua senyuman adalah situasi seseorang sedang bahagia , terkadang seseorang menyembunyikan rasa sedihnya dengan senyuman agar orang orang tidak mengetahui bahwa seseorang itu sedang tidak baik baik saja.


@hatikuhatimu
1.4K views13:39
باز کردن / نظر دهید
2022-07-29 13:55:28
@hatikuhatimu
1.9K views10:55
باز کردن / نظر دهید