Get Mystery Box with random crypto!

Perkongsian Ilmu Agama

لوگوی کانال تلگرام kongsilm — Perkongsian Ilmu Agama P
لوگوی کانال تلگرام kongsilm — Perkongsian Ilmu Agama
آدرس کانال: @kongsilm
دسته بندی ها: دین
زبان: فارسی
مشترکین: 1.36K

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


آخرین پیام ها 2

2022-11-26 15:27:45
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Sibuk macamanapun kita, kena ada waktu untuk rindu kepada Allah, walaupun sekejap. Seperti seorang anak yang rindu kepada ibunya dan nak pulang kepada ibunya.

Tuan Guru Syeikh Zainul Asri
89 views12:27
باز کردن / نظر دهید
2022-11-18 01:29:07
Fahamkan dan nilailah sendiri. Kemudian buatlah pilihan yang terbaik.
104 views22:29
باز کردن / نظر دهید
2022-11-16 13:26:28
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙈𝘼𝙆𝙄 𝘼𝙉𝘼𝙆-𝘼𝙉𝘼𝙆

“Kalau orang tua kasar, suka perli anaknya di hadapan orang, suka menghina anaknya, suka menjatuhkan air muka anaknya di hadapan orang. Ini akan menjadi satu tekanan mental kepada anak-anak.

Jangan marah atau maki kepada anak di dalam keadaan tiada orang, apatah lagi di hadapan orang. Jangan keluar kalimat maaf cakap ... ‘Bodoh’ kepada anak. Jangan keluar maki-makian kepada anak.

Tidak membantu makian kita untuk memperelok perangai, akhlak dan kejiwaan anak itu dengan makian.

Selamanya Allah tidak akan menjadikan kalimat yang dibenci oleh Allah sebagai penawar kepada orang.”

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
191 views10:26
باز کردن / نظر دهید
2022-11-05 17:20:52
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

SUAMI YANG HEBAT

"Suami yg hebat adalah suami yang pemaaf, tak perlu tunggu isteri minta maaf baru nak maafkan. Maafkan isteri setiap malam agar dia mudah masuk syurga"

Ustaz Azhar Idrus
65 views14:20
باز کردن / نظر دهید
2022-10-25 06:44:51
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝙈𝘼𝘼𝙁𝙆𝘼𝙉

"Berhadapan dengan kezaliman orang pada hakikatnya bukan berhadapan dengan orang itu saja, tapi kita berhadapan dengan emosi kita sendiri.

Kita bukan hanya melihat sejauh mana kezaliman dan salahnya orang itu tapi kita berhadapan dengan diri untuk memilih apakah sikap yang paling baik untuk kita.

Kalau kita fokus kepada kezaliman orang, kita akan terus marah atau murka pada orang yang zalim itu. Tetapi kalau kita melihat dari sudut agama adakah ruang untuk kita membalas dengan yang lebih baik atau kita hanya ingin memuaskan hawa nafsu kita kerana geram sangat dengan orang itu?

Bila hanya melihat kezaliman orang kepada kita, dengan itu kita hanya membela hawa nafsu kita walaupun dalam keadaan kita dizalimi."

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
249 views03:44
باز کردن / نظر دهید
2022-10-09 06:04:21
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Orang yang mempunyai hasrat untuk bertemu dengan orang yang soleh akan memperoleh keberkatan walaupun tidak berjaya untuk bertemu.

Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
132 views03:04
باز کردن / نظر دهید
2022-10-02 06:37:49 ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝘽𝘼𝙄𝙆 𝙆𝙀𝙋𝘼𝘿𝘼 𝙄𝙎𝙏𝙀𝙍𝙄

"Bilamana kita baik dengan orang lain tetapi dengan isteri tidak, ini ada sesuatu yang perlu kita perbetulkan dalam memahami atau menjalankan tugasan sebagai seorang suami.

Kurang memberikan penekanan akan wasiat dan pesanan Rasulullah ﷺ kepada seorang suami terhadap isterinya. Yakni 'aku berwasiat kepada kamu supaya berbuat baik kepada isteri.'

Kebiasaannya hubungan antara suami isteri agak kaku, agak kasar atau mudah marah suami terhadap isterinya disebabkan menumpuknya permasalahan yang tidak selesai antara keduanya sehingga tertanam rasa tidak suka, rasa benci atau geram sehingga mudah beremosi dan juga marah.

Biasakan masalah kalau terjadi, tidak sampai berpanjangan. Jangan terlalu kerap bermasalah dalam rumah tangga. Biasakanlah pejam mata atau tak peduli (permudahkan urusan/cepat selesaikan) kepada masalah-masalah kecil yang berlaku dalam rumah tangga untuk tidak menimbulkan kekeruhan hubungan, implikasi kerapnya perselisihan pasangan suami isteri akan mengurangkan penghormatan satu kepada yang lain.

Baginda ﷺ bersabda, janganlah seorang lelaki itu membenci kepada isterinya sebab sikapnya kerana di samping sikap yang tidak disukai oleh suami, ada sikap lain yang disukai oleh suaminya atau suaminya dapat.

Daripada keperluan suami terhadap isteri bilamana terpenuhi maka bahagian itu adalah bahagian yang perlu diambil kira oleh suami supaya tidak hanya fokus kepada kekurangan atau kesilapan, sikap dan perangai seorang isteri. Yakni ditimbang. Jangan ambil yang tak elok saja, tapi ambillah perkara-perkara yang elok dan juga yang baik."

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
127 views03:37
باز کردن / نظر دهید
2022-10-02 06:37:43
118 views03:37
باز کردن / نظر دهید
2022-09-29 05:13:42
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝙋𝙀𝙍𝙀𝘽𝙐𝙏𝘼𝙉 𝙆𝙐𝘼𝙎𝘼
𝙎𝙀𝘽𝙐𝘼𝙃 𝙋𝙀𝙉𝙔𝙀𝙎𝘼𝙇𝘼𝙉

Satu hari nanti kamu akan berebut kepada kepimpinan, kepada kekuasaan. Perebutan kepada kuasa itu sebuah penyesalan. Kata Nabi ﷺ.

Nabi ﷺ bagitau, ini penyesalan. Tapi orang berebut. Berebut untuk meraih apa? Meraih penyesalan. Bukan saya cakap, Nabi ﷺ cakap. Ini penyesalan.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
64 views02:13
باز کردن / نظر دهید
2022-09-25 15:34:59
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Antara jenis kebodohan yang tidak boleh diubati ialah sikap seseorang yang baru sedikit masanya dengan ilmu, maka dia dengan cepat ingin mengkritik seseorang yang kehidupannya dihabiskan dengan ilmu.

Ustaz Nazrul Nasir Al-Azhari
227 views12:34
باز کردن / نظر دهید