Get Mystery Box with random crypto!

Perkongsian Ilmu Agama

لوگوی کانال تلگرام kongsilm — Perkongsian Ilmu Agama P
لوگوی کانال تلگرام kongsilm — Perkongsian Ilmu Agama
آدرس کانال: @kongsilm
دسته بندی ها: دین
زبان: فارسی
مشترکین: 1.36K

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


آخرین پیام ها 4

2022-08-10 17:47:21
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Kadang-kadang maksiat ni kita ingat supaya kita rasa menyesal. Supaya kita tak rasa diri kita bersih, sekalipun kita sudah bertaubat dah jadi baik.

Tetapi apabila kita teringat akan dosa, kita masih merasa malu, kalaulah kita lupa memori silam kita, takut diri kita rasa terlalu bersih seolah-olah tidak pernah melakukan dosa.

Maka kadang-kadang teringat kepada dosa itu juga merupakan satu kelebihan.

Tuan Guru Ustaz Muhaizad Mohamed Al-yamani
253 views14:47
باز کردن / نظر دهید
2022-08-07 08:54:22
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

MANUSIA DAN ILMU

Manusia tidak dapat dipisahkan dengan ilmu & amanah untuk menyampaikan ilmu.

Namun yang diberitahukan oleh Nabi Muhammad ﷺ bahawa di akhir zaman, ilmu itu akan diangkat. Ilmu diangkat bukan disebabkan kerana ketiaadaan kitab. Malah, kitab semakin hari semakin banyak yang dicetak bahkan lebih canggih dengan adanya telefon bimbit.

Akan tetapi diangkatnya ilmu adalah dengan wafatnya orang yang benar-benar berilmu.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
342 views05:54
باز کردن / نظر دهید
2022-08-03 17:39:25
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

SOALAN,
SUAMI SAYA ORANGNYA BAIK, tapi solat ye keluk kelek sokmo, puah dah suruh tapi tak jalan.

Kalau betul orangnya baik solatnya akan cukup, kalau orang yang tak cukup solatnya, ini tidak dipanggil baik, ia dipanggil fasik kerana solat itu nombor satu, (الصلاة عماد الدين), Solat itu tiang agama,

orang yang baik adalah orang yang takut akan Allah, taat perintah Allah, solat ini perintah siapa?,

Orang yang tidak solat itu, musuh orang yang beriman, dia engkar perintah Allah, dia tidak peduli syurga neraka, dia tidak takut azab kubur, dan dia ni turut Arahan Iblis, macam mana boleh kata dia orang yang baik?.

SURAU HJH WAN ESAH, seberang baroh
Murabbi sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus
404 views14:39
باز کردن / نظر دهید
2022-07-30 11:41:29
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

CIRI-CIRI LELAKI BOLEH BUAT SUAMI

Ciri-ciri lelaki boleh buat suami Zaman sekarang, cari yang Soleh, Cari orang minat agama. Cari lelaki yang baik.

Cari orang lelaki yang ada 3 ciri ini :

Pertama, penyayang. Cari yang sayang, Kedua, Tanggungjawab. Dia akan bertanggungjawab dengan kita. Ketiga, dia belas kasihan pada kita.

Lepastu nak agama, nak agama tak syarat dia orang alim. Dia jurutera ka, polis ka, dia askar ka, dia cikgu ka. Tetapi dia suka pada agama, Dia bukan ustaz tapi pergi mengaji. Ajar kita tutup aurat. Tak syarat ustaz nehh.

Al Fadhil Ustaz Muhaizad Mohamed Al-yamani
460 views08:41
باز کردن / نظر دهید
2022-07-30 07:14:55
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

"Siapa yang melihat dirinya lebih mulia dari yang orang lain, maka sesungguhnya orang itu adalah orang yang jauh Dari Allah, begitupun sebaliknya, siapa orang yang melihat dirinya hina, dari orang lain, maka hakikatnya orang itu lebih mulia dari orang yang disekitarnya"

Al Habib Umar bin Hafidz
385 views04:14
باز کردن / نظر دهید
2022-07-21 11:14:19 ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

PENAWAR BUAT MEREKA YANG TIDAK MERASAI KELAZATAN SOLAT

Sering kali orang bertanya :

"Saya solat, tetapi saya tidak merasai kelazatan solat"

"Saya menyebut nama Allah di majlis-majlis zikir dan saya membaca AL Quran, namun saya tidak merasai kelazatan berzikir serta membaca AL Quran."

Orang seperti ini sebenarnya bertanya mengenai ubat yang perlu untuk sampai ke peringkat merasai kelazatan beribadah, iaitu penawar yang dapat mempertingkatkannya ke tahap yang dinamakan oleh para ulama sebagai AL zhawq (rasaan).

Kaedahnya ialah :

1. Pertama sekali, halang diri daripada harta yang haram. Jangan makan sesuatu yang diharamkan kerana harta haram itu menyebabkan hati menjadi keras dan hati yang keras itulah yang mencegah seorang hamba daripada merasai apa yang dinamakan sebagai zhawq atau kelazatan dalam ibadah.

2. Kemudian, bersahabatlah dengan orang baik-baik dan jangan berkawan dengan orang jahat. Walaupun anda sekadar duduk bersama segolongan manusia yang menyeleweng lagi tenggelam dalam maksiat, meskipun anda bukan salah seorang daripada mereka, namun hanya dengan kebersamaan anda dengan mereka sahaja akan mengotorkan kejernihan hati anda.

3. Kemudian, bangunlah malam. Anda mesti memperuntukkan masa untuk qiamullail walaupun sekadar 15 minit sebelum subuh dan berdoa serta mengadulah kepada Allah.

Jika seseorang hamba mewajibkan diri dengan rawatan ini lalu berterusan mengamalkannya, maka sesungguhnya hamba tersebut akan naik ke tahap merasai kelazatan ibadahnya itu. Dia akan merasai sepanjang solatnya bahawa dia bermunajat kepada Allah, lalu dia ditimpa dengan perasaan ini yang diungkapkan oleh para ulama dengan kalimah zhawq.

(Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadan AL Buti Rahimahullah)
51 views08:14
باز کردن / نظر دهید
2022-07-21 11:14:13
50 views08:14
باز کردن / نظر دهید
2022-07-18 06:00:59
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Keredhaan wanita yang paling dekat dengan Allah adalah ketika mereka berada di dalam rumah, jauh daripada pandangan ajnabi.

Habib Umar bin Hafidz
83 views03:00
باز کردن / نظر دهید
2022-07-14 08:51:19
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

"Orang laki wajib kena tahu 5 perkara ni...baru boleh buat tok laki"

1. Boleh ajar org ngucap shahadah
2. Boleh azan/bang
3. Boleh jadi imam
4. Boleh baca doa selamat ( ringkas pun x pe)
5. Boleh sembahyang jenazah

Ustaz Azhar Idrus
129 views05:51
باز کردن / نظر دهید
2022-07-03 12:46:45
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Sesungguhnya dosa dosa yang kita lakukan tidak akan merugikan Allah
begitu juga ketaatan…tak akan menguntungkan Allah.
Yang rugi adalah kita….berdiri tercengang di mahsyar dalam keadaan hina dina.

Siapa sahaja dikalangan manusia yang sombong akan rugi….
berhentilah dari menjadi sombong
Berhentilah dari menjadi zalim
Berhentilah dari membodohkan diri demi sesuap like dan view.
Berhentilah mencari pujian pujian manusia,
Kamu tak mati bersama pangkat dan jawatan
Bahkan sebesar kuman dari harta pon tak akan kau bawa….
Tiada siapa sanggup menemaimu dikubur bahkan seorang dari jutaan follower yang dibanggakan pon tak sanggup.
Semua itu hanya permainan hidup yang penuh tipu daya .

Ustaz Afis Ibrahim
207 views09:46
باز کردن / نظر دهید