Get Mystery Box with random crypto!

Perkongsian Ilmu Agama

لوگوی کانال تلگرام kongsilm — Perkongsian Ilmu Agama P
لوگوی کانال تلگرام kongsilm — Perkongsian Ilmu Agama
آدرس کانال: @kongsilm
دسته بندی ها: دین
زبان: فارسی
مشترکین: 1.36K

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


آخرین پیام ها 5

2022-07-01 11:06:12
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Kalau kita tahu berita gembira tentang saudara Islam kita, hendaklah kita menyampaikan ucapan tahniah kepada mereka. Hikmahnya untuk mengeratkan hubungan kasih sayang antara sesama umat Islam dengan mengucapkan tahniah.

Yang dapat anak baru, kerja baru, rumah baru, kereta baru, motosikal baru dan apa saja perkara yang baik, maka kita perlu ucapkan tahniah.

Dengan mengucapkan tahniah juga dapat menghilangkan penyakit iri hati atau dengki dalam diri.

Tapi tidak diucapkan tahniah kepada perkara maksiat. Kalau dapat tahu kawan dapat kerja yang haram, kita ucap tahniah, tahniah itu sudah satu dosa sebab mengucapkan tahniah kepada perkara yang dibenci Allah SWT.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
254 views08:06
باز کردن / نظر دهید
2022-06-30 12:22:23 ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Kemurungan... Kerap mendengar suara² dalaman menyuruh bunuh diri? Di antara laluan utama syaitan adalah melalui bisikan² yang mengajak kepada perkara tidak baik.

Seseorang dalam keadaan sedemikian hendaklah menyedari bahawasanya Allah SWT tidak pernah menyuruh seseorang untuk melukai dirinya ataupun membunuh dirinya walau apa pun kesilapan yang telah dilakukan.

Hendaklah tidak melayan kepada fikiran² atau suara² atau bisikan² seperti itu. Sibukkan berfikir positif dan jangan beri ruang kepada yang negatif.

Hati ini kalau tidak disibukkan dengan perkara bermanfaat ia akan sibuk dengan perkara yang tidak bermanfaat. Sibukkan hati ini khususnya dengan zikrullah.

Jangan biasakan diri duduk diam termenung. Peluang untuk syaitan masuk lebih tinggi. Jangan beri ruang untuk termenung berfikir perkara negatif.

Hendaklah mengetahui, menyedari serta meyakini kalau suara² yang mengajak kepada hal yang membinasakan atau memudaratkan adalah dari syaitan atau iblis yang ingin keburukan menimpa kita.

Jangan kamu sekali-kali mencampakkan diri kamu kepada kebinasaan. Firman Allah SWT melarang kita mencampakkan diri kita kepada kebinasaan.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
255 views09:22
باز کردن / نظر دهید
2022-06-30 12:22:16
247 views09:22
باز کردن / نظر دهید
2022-06-29 01:21:22 ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Di zaman kita sekarang ini zaman orang panas baran. Orang lebih mengedepankan sikap panas baran berbanding sikap lemah-lembut. Anasir di sekeliling mengundang untuk kita lebih mengedepankan emosi berbanding diam. Mulakan bersikap lemah-lembut dengan diam terlebih dulu. Usaha untuk tidak mudah melenting bila diusik.

Bila ada rasa nak marah, fikir dulu. Aku marah ini atas tindakan apa? Adakah sebabnya untuk marah itu benar? Jadilah kita orang yang lemah-lembut. Orang yang lemah-lembut senyum ketika dia marah. Cuba... Kalau boleh.

Tapi ini memang yang diajar Rasulullah ﷺ. Sampai bila kita akan jadikan semua ini kisah indah yang kita dengar, tanpa ada praktikalnya dengan kita? Kalau tidak kita hanya sekadar menjadi pembaca setia, bukan pelaksana kepada apa yang kita dengar. Fahimtum?

Kita belajar untuk kita praktis, bukan untuk dengar saja. Moga kita semua diberi kekuatan untuk kawal kepada hawa nafsu, jangan sampai hawa nafsu kawal kepada kita. Kita tidak diperhambakan oleh hawa nafsu tapi kita memperhambakan hawa nafsu supaya kita jadi hamba kepada Allah SWT.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
299 views22:21
باز کردن / نظر دهید
2022-06-29 01:21:17
264 views22:21
باز کردن / نظر دهید
2022-06-24 15:29:09 Jagalah tutur bicara & penulisanmu kerana sedang kita asyik menulis, Malaikat juga menulis.

Allah memperingatkan bahawa terdapat malaikat yang mencatat setiap ucapan manusia, yang baik maupun yang buruk. Allah Ta'ala berfirman,

مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." (QS. Qaaf [50]: 18)

Allah Ta'ala menurunkan ayat:

وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلاَ أَبْصَارُكُمْ وَلاَ جُلُودُكُمْ

"Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan, dan kulitmu kepadamu." (QS. Fushshilat [41]: 22)."
.
.
Hukuman untuk manusia yang tidak menjaga lisannya

Dalam riwayat Muslim disebutkan:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ، يَنْزِلُ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ

"Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan kalimat tanpa dipikirkan terlebih dahulu, dan kerananya dia terjatuh ke dalam neraka sejauh antara timur dan barat." (HR. Muslim no. 2988).

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Shahihnya hadits no. 6474 dari Sahl bin Sa'id bahwa Rasulullah bersabda:
.

مَنْ يَضْمَنَّ لِي مَابَيْنَ لِحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ

"Barangsiapa boleh memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) apa yang ada di antara dua janggutnya dan dua kakinya, maka Kuberikan kepadanya jaminan masuk surga".

Yang dimaksud dengan apa yang ada di antara dua janggutnya adalah mulut. Sedangkan apa yang ada di antara kedua kakinya adalah kemaluan.

Wallahu a'lam .
Semoga bermanfaat..
801 views12:29
باز کردن / نظر دهید
2022-06-24 15:29:00
338 views12:29
باز کردن / نظر دهید
2022-06-22 03:37:22 ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

"JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN "

" Apabila kita buat kita jadi baik ini kita jangan sangka kita baik, kita rasa kita baik 'orang panggil kita baik' kerana Allah Ta'ala tutup Aib kita, kalau Allah buka Aib kita orang akan nampak kita jahat, dan orang itu kita nampak dia jahat bukan kerana dia jahat sebab Allah Ta'ala zahirkan jahat dia dan tutup kebaikan dia, maka manusia melihat semua jahat apa yang dia buat, kita baik kita bukan baik kita ada jahat juga sebab Allah Ta'ala tutup jahat kita dan zahirkan kebaikan kita. Apabila kita macam tu patut kita bersyukur dengan Allah sebab Allah tutup Aib kita dan zahirkan kebaikan kita, jangan kita cari Aib orang, orang sekarang cari Aib orang, orang ni dah la buat sorok2 buat sembunyi duk cari2 dalam internet gapo cari Aib dia

Allah Ta'ala kata : siapa dia yang mencari Aib manusia, aku akan cari Aib dia, maka aku akan malu dia sekalipun dia berada di dalam rumah sendiri

Al Fadhil Ustaz Muhaizad Mohamed Al-yamani
121 views00:37
باز کردن / نظر دهید
2022-06-22 03:37:16
118 views00:37
باز کردن / نظر دهید
2022-06-18 04:37:19
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

3 perkara yang diberikan pada hamba yang dikehendaki kebaikan dari Allah.

Faham akan segala hukum hakam agama sehingga dia tidak berani mengingkari segala suruhan Allah.

Merasakan akan hakikat dunia yang merupakan tempat perjalanan kita dalam menuju ke syurga Allah.

Diperlihatkan pada dirinya akan segala aib diri sendiri tanpa sempat dia melihat aib orang lain.

Ustaz Ahmad Rizam Ghazali
122 views01:37
باز کردن / نظر دهید