Get Mystery Box with random crypto!

Perkongsian Ilmu Agama

لوگوی کانال تلگرام kongsilm — Perkongsian Ilmu Agama P
لوگوی کانال تلگرام kongsilm — Perkongsian Ilmu Agama
آدرس کانال: @kongsilm
دسته بندی ها: دین
زبان: فارسی
مشترکین: 1.36K

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


آخرین پیام ها 3

2022-09-19 05:44:23
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Layanlah orang lain dengan cara kamu ingin dilayani. Jika kita mahu orang lain berbuat baik kepada kita, kita kena mula berbuat baik kepada dia dahulu.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
250 views02:44
باز کردن / نظر دهید
2022-09-18 05:42:03
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Tidak menerima kebenaran adalah akhlak yang buruk. Namun melawan kebenaran adalah sifat yang jauh lebih buruk. Orang seperti ini tidak akan menerima kebenaran walaupun kebenaran itu secerah matahari.

Orang yang paling jauh daripada الله, adalah orang yang hatinya keras. Hati yang gelap adalah hati yang dipenuhi titik hitam akibat perbuatan maksiat.

Maka lakukanlah amal soleh & taat akan perintah الله untuk melembutkan hati. Agar supaya, mudah menerima nasihat, takut apabila diceritakan azab kelak, serta lebih mudah untuk menitiskan air mata.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
290 views02:42
باز کردن / نظر دهید
2022-09-15 15:34:55
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Oleh kerana hari ini zaman fitnah, wanita berpurdah sukar untuk kita menilai kesolehahannya, kerana dia berpurdah tapi masih upload gambar di media sosial. Jadi setakat mana kita mengukur keimanannya? Setakat itulah apa yang terlihat di media sosial.

Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Haji Mohd Romli
276 views12:34
باز کردن / نظر دهید
2022-09-14 17:00:21
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”

Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah [HR Hakim]:

1. Terlalu banyak bersukaria
2. Terlalu mewah
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain

Ustaz Ahmad Rizam Ghazali
287 views14:00
باز کردن / نظر دهید
2022-09-14 09:46:20
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

"Ketika kamu sudah memiliki ilmu yg banyak. Jangan sesekali kamu pandang lekeh kepada orang lain, kerana Allah berfirman" Atas pada yg alim ada yg Maha Alim (Allah) ".

- TG Baba Ismail Sepanjang Al-Fatoni..
Hafizahullah Ta'ala -
251 views06:46
باز کردن / نظر دهید
2022-09-14 09:31:46
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

5 kalam Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

1. Iman mahal harganya tinggi nilainya, tinggi kedudukannya.

2. Rasulullah صلى الله عليه وسلم merupakan orang yang paling berat ujiannya dan orang yang paling berat diuji oleh Allah سبحانه وتعالى.

3. Semakin seseorang itu merendahkan dirinya dihadapan Allah سبحانه وتعالى, akan semakin tinggi darjatnya diangkat oleh Allah سبحانه وتعالى.

4. Adab dan akhlak yang tertinggi adalah apabila seseorang itu redha dengan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah سبحانه وتعالى.

5. Orang-orang yang mengasihi, akan dikasihi oleh Yang Maha Mengasihi.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
273 views06:31
باز کردن / نظر دهید
2022-08-30 16:27:21
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Bilamana seseorang ingin mendapatkan kabulnya doa maka perbaikilah sumber pemakanannya.

Halalkan makanan kamu, doa kamu akan dimakbulkan.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
113 views13:27
باز کردن / نظر دهید
2022-08-29 16:26:03
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Wahai para pendakwah, kalau kamu masih memikirkan tentang rezeki, esok nak makan apa, maka berhentilah mengajar. Pergi duduk pondok mengaji dulu. Kerana kamu belum mencapai tahap pemahaman tentang urusan tuhan, lalu bagaimanakah kamu hendak mengajarkan masyarakat faham akan urusan Tuhan?

Buya Yahya
166 views13:26
باز کردن / نظر دهید
2022-08-27 05:41:18
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

WASIAT UNTUK ANAK ANAK KU YANG TERSAYANG.

Beramal lah semata mata tujuan akhirat
Maka Allah akan mencukupkan segala urusan agama dan dunia nya.

Berusaha lah Memperbaiki hati mu
Maka Allah akan Memperbaiki zahir mu.

Perbaiki lah hubungan mu dengan Allah
Maka dia akan Memperbaiki hubungan mu dengan makhluk di sekeliling mu.

Ingatlah barangsiapa yang di cintai oleh Allah
Dia akan di cintai oleh seluruh makhluk nya.

Ustaz Ahmad Rizam Ghazali
157 views02:41
باز کردن / نظر دهید
2022-08-14 16:01:59
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Sebagai ahli ilmu kena banyak berzikir, kerana ilmu tanpa zikir keras (hati), kerana ilmu ini adalah kelebihan. Kita kalau belajar bijak sangat jadi kelebihan, kelebihan kita rasa kita lebih, maka kita akan jadi keras hati dan sombong. Tapi kalau ilmu berserta dengan zikir ingat Allah, nescaya ilmu itu memberi kesan pulak jadi tawaduk (rendah diri)

-Al Fadhil Ustaz Muhaizad Mohamed Al-yamani
91 views13:01
باز کردن / نظر دهید