Get Mystery Box with random crypto!

Perkongsian Ilmu Agama

لوگوی کانال تلگرام kongsilm — Perkongsian Ilmu Agama P
لوگوی کانال تلگرام kongsilm — Perkongsian Ilmu Agama
آدرس کانال: @kongsilm
دسته بندی ها: دین
زبان: فارسی
مشترکین: 1.36K

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


آخرین پیام ها 7

2022-05-14 03:41:53
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Ketika manusia rasa dia boleh uruskan kehidupan ini dengan kehendak nya dia silap
Ketika itulah dia lupa yang mentadbir sekelian Alam ini adalah Allah

Justeru itu apabila dia dalam kekecewaan / kesusahan/ malapetaka manusia akan kembali kepada pentadbir alam ini yaitu ALLAH

Sentiasa lah kita sedar diri bahawa selama lama nya kita adalah hamba Allah dan jangan lah sekali kali kita melupakan Allah dan meninggalkan Allah yang sentiasa mengurniakan rahmat nya setiap detik kepada hamba nya.

Ustaz Ahmad Rizam Ghazali
190 views00:41
باز کردن / نظر دهید
2022-05-07 12:48:33
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝙈𝘼𝙍𝘼𝙃?

Marah ini sifat semula jadi, seumpama benda tajam, boleh melukai dan memudaratkan diri sendiri dan orang lain.Tapi bila diguna di tempat yang sesuai, boleh menikmati kebaikannya.

Hidup ini takkan baik tanpa kita mampu menahan marah, dalam perkara kecil apatah lagi perkara besar. Kecuali marah terkait kepada hukum-hakam Allah.

Bila kemungkaran disebarkan, kebatilan dikedepankan, hukum-hakam syarak diabaikan, di situ kita marah. Tapi dalam hal-hal terkait dengan diri sendiri, yang perlu kita banyak bertolak ansur, di situlah letak kita menahan marah.

Kerana masalah yang dihadapi dengan menahan marah lebih kecil berbandingkan dengan masalah yang dihadapi bila kita meluahkan kemarahan.

Rasulullah ﷺ, antara sifatnya adalah, bila terkait dengan keperibadiannya, Baginda diam, mengelak dan memaafkan. Tapi bila hukum Allah dilanggar, tiada orang setegas Baginda ﷺ.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
255 views09:48
باز کردن / نظر دهید
2022-04-30 02:52:39 ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

JANGAN JADI KORBAN ISU

Bila dihadapkan dengan sesuatu isu yang diviralkan di media sosial,kita pun sibuk memberi "Respond" kepada isu itu..

Belum habis satu minggu,dua minggu,isu itu masih hangat,ditimbulkan pula isu yang baru..
Kita pun sibuk dengan isu baru,sedangkan isu lama belum "Settle" lagi..

Begitulah seterusnya diulang lagi dan kita ikut sibuk melayan kepada isu isu yang diviralkan yang muncul setiap hari..

Dengan demikian kita menjadi korban isu, korban informasi..

Hari hari hanya sibuk melayan kepada isu sehingga..

Lupa menggunakan masanya untuk zikir kepada Allah..

Lupa menggunakan masanya untuk membaca Al-Quranul Kareem..

Lupa menggunakan masanya untuk bersama dengan keluarga..

Lupa sehingga habis berjam jam masanya di media sosial..

Tidak sepatutnya begitu sikap seorang Muslim dan Mukmin..

Sabda Rasulullah ﷺ,“ Sebaik baik seorang Muslim yang Islamnya baik ialah meninggalkan apa yang tiada kaitan dengannya..”

Isu yang viral itu tidak semuanya untuk dilayan dengan serius.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
82 views23:52
باز کردن / نظر دهید
2022-04-30 02:52:33
77 views23:52
باز کردن / نظر دهید
2022-04-21 11:13:25
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Merasalah kita kaya dengan apa yang kita ada, di situ Allah anugerahkan kita kekayaan yang sebenar dalam hati.

Kalau kita tidak merasa cukup dengan apa yang ada selagi itu kita miskin walaupun memiliki segala-galanya.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
53 views08:13
باز کردن / نظر دهید
2022-04-18 04:21:07
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Diturunkan al Quran untuk menjadi panduan umat manusia. Ianya adalah mukjizat terbesar dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad ﷺ dan ianya mukjizat kekal. Hampir keseluruhan mukjizat para Nabi sebelum Nabi ﷺ berakhir dengan wafatnya para Nabi tersebut. Tetapi mukjizat Rasulullah ﷺ berkekalan walaupun setelah zamannya, iaitu mukjizat al Quranul karim.

Bersempena dengan Nuzul Quran, marilah kita bersama-sama menjadikan al Quran sebagai penawar bagi hati. Pembimbing dalam perjalanan hidup kita di atas muka bumi ini. Orang yang menjadikan al Quran 'di hadapan' akan selamat. Orang yang menjadikan al Quran 'di belakang' akan binasa.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
240 views01:21
باز کردن / نظر دهید
2022-04-06 01:53:24
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

"Jika sepanjang Ramadan ini kita belum kembali kepada Allah SWT. Maka tanyalah diri, apakah dosa yang telah kita lakukan ?

Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki
466 views22:53
باز کردن / نظر دهید
2022-04-06 01:48:29
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Ada sebahagian orang yang Allah tunda untuk memakbulkan doanya, lalu dia berfikir bahawa Allah tidak memakbulkannya. Padahal Allah memakbulkan doa setiap hamba, tetapi pada waktu yang diinginkanNya.
451 views22:48
باز کردن / نظر دهید
2022-03-30 15:11:11
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

"𝙄𝙏𝙐 𝙊𝙍𝘼𝙉𝙂 𝙋𝙄𝙉𝙏𝘼𝙍"

Kepintaran dinilai daripada seseorang yang tahu hala tujunya dalam hidup ini iaitu ingin bertemu Allah SWT dengan bekalan amal baik. Itu orang pintar.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
581 views12:11
باز کردن / نظر دهید
2022-03-23 11:41:23
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Pahala orang memberi salam.

Dari Imran bin Hushain Radhiyallahu anhu dia berkata: Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah ﷺ lalu berkata: Assalamualaikum. Lalu Rasulullah ﷺ membalas salam orang tersebut, kemudian orang tersebut duduk dan Rasulullah ﷺ: “(Dia mendapatkan) sepuluh kebaikan”.

Kemudian datang orang lain kepada Rasulullah ﷺ: Assalamualaikum warahmatullah. Lalu Baginda ﷺ membalas salam orang tersebut, kemudian orang tersebut duduk dan Rasulullah ﷺ : “(Dia mendapatkan) dua puluh kebaikan”.

Kemudian datang lagi orang lain kepada Beliau lalu berkata: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Lalu Baginda ﷺ membalas salam orang tersebut, kemudian orang tersebut duduk dan Rasulullah ﷺ: “(Dia mendapatkan) tiga puluh kebaikan”.

Hadis tersebut Riwayat Abu Dawud (no. 5195), at-Tirmidzi (5/52) dan Ahmad (4/439), dinyatakan sahih oleh Imam at-Tirmidzi, Imam Ibnu Hajar dalam “Fathul Bâri” (11/6) dan Syaikh al-Albani.
695 views08:41
باز کردن / نظر دهید