Get Mystery Box with random crypto!

Perkongsian Ilmu Agama

لوگوی کانال تلگرام kongsilm — Perkongsian Ilmu Agama P
لوگوی کانال تلگرام kongsilm — Perkongsian Ilmu Agama
آدرس کانال: @kongsilm
دسته بندی ها: دین
زبان: فارسی
مشترکین: 1.36K

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


آخرین پیام ها 8

2022-03-17 17:11:45 [ROAD TO RAMADAN 1443H]

Malam Nisfu Syaaban

عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:"يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ"

Daripada Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.

2. Malam Nisfu Syaaban juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang syirik dan bermusuhan sesama mereka.

3. Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi’in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu” (Lathaiful Ma’arif, hlm. 247).

4. Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, tiada doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus. Namun boleh sahaja untuk kita melaksanakan solat sunat malam juga mempelbagaikan doa dan zikir.

Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa. Khususnya di waktu musibah Covid 19 yang masih belum reda ini kita mohon agar dijauhkan dan diangkat musibah ini.
672 views14:11
باز کردن / نظر دهید
2022-03-17 17:11:17
491 views14:11
باز کردن / نظر دهید
2022-03-17 09:20:50
KAMI SAYANG GURU KAMI
501 views06:20
باز کردن / نظر دهید
2022-03-13 09:13:31
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

"𝙊𝙃 𝙈𝙔 𝙇𝙊𝙑𝙀"

Macam mana anak boleh menjadi sebab azab kepada orang tuanya? Orang tuanya tidak mendidik dengan benar.

Hal ketaatan kepada Allah SWT tidak dipedulikan. Tak pakai tudung, takpe. Anak entah bergaul dengan siapa, takpe. Solat tak solat, tak kisah.

Pergi universiti, nak beli kereta? Hah ambil duitnya. Solat? Oh kesian dia, takpe. Lepas 'exam' semalam (mungkin penat).

Rasa kesian kepada anak hingga anak meninggalkan kefardhuan akan dituntut nanti di akhirat. Di dunia...
"Oh My Love"... Atau panggil "Sayang".

Nanti di akhirat tengok kalau tak dijaga betul hak Allah SWT. Fahimtum?

Allah akan mengazab mereka ini golongan kaum munafiqin dengan harta, dengan anak-anak. Anaknya menjadi sebab azab. Berdoa agar supaya kita diberi rahmat dengan anak-anak. Diberikan anugerah bakti anak kepada orang tua.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
650 views06:13
باز کردن / نظر دهید
2022-03-13 01:38:37 ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

“Zaman kita sekarang ramai yang suka bangkitkan sesuatu isu,lalu laju saja tangannya gatal meng'share'nya di whatsApp,Facebook dan lain-lain..Meng'comment'nya,maki sana, maki sini,tanpa tahu kesahihan atau tidak hal itu,dan yang paling hairan tiada kaitan pun dengan dirinya..”

“Yang akan dipersoal oleh Allah SWT orang sebegini..Orang islam yang baik adalah yang meninggalkan perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dengannya..Tapi zaman kita sekarang suka menyebok hal yang tiada mengena langsung dengan dirinya,pasal apa? Hatinya problem..”

“Hatinya kurang bersih untuk rapat hubungan dengan Allah SWT sebab itu suka menyibuk hal orang lain..Jagalah diri kamu dari tempat yang boleh membuatkan kamu ditohmah..Jaga lisan dan tangan kita..Seseorang yang menjadi atau penyebab atau punca bagi tersebarnya fitnah itu tanggunglah dan akan mendapat azab yang pedih..”

Jaga tangan kita dan jari kita ketika menulis di facebook,di whatsapp dan laman sosial yang lain..Fitnah sekarang hanya dihujung jari saja.. Jika dulunya tersebarnya fitnah dengan lisan.. Tetapi kini lebih cepat dengan menggunakan media sosial..

Kita Hidup di Zaman Fitnah..Fitnah-fitnah kini menjadi mainan di akhir zaman..Yang mengikuti jalan Allah dan Rasul-Nya,akan sibuk dengan agama,adab dan menuntut ilmu, Mengenal Allah SWT dan Mencintai Baginda Rasulullah ﷺ..”

Sedang yang mengikuti jalannya syaitan dan Dajjal,akan sibuk menyebar fitnah dan membuka aib orang lain..Inilah syaitan yang bertopengkan manusia..Hendaklah kamu lari yakni memencilkan diri untuk menyelamatkan agama kamu yakni aqidah,iman dan keyakinan kamu ketika ditempat kamu melandanya berbagai macam fitnah..

Penyakit umat akhir zaman kini terlalu terburu-buru..Jangan cepat mengeluarkan fitnah tanpa kaji selidik..Orang yang bawa berita tak betul itu,maka dia adalah orang fasik..

Orang yang suka menjadi sebab tersebarnya fitnah..Bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat nanti..Ini sikap orang yang tergesa-gesa..Memberi komen terhadap perkara yang tak dia ketahui..Belajarlah untuk tenang dengan perkara yang tidak jelas..Kerana ini agenda orang yang memecah belahkan ummat..

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
554 views22:38
باز کردن / نظر دهید
2022-03-13 01:38:31
458 views22:38
باز کردن / نظر دهید
2022-03-07 15:35:44
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Burulah cinta Allah bersungguh-sungguh sehingga tiada lagi ruang di hati kita untuk meletakkan cinta kepada dunia.

Syeikh Muhd Zainul Asri Muhd Romli
642 views12:35
باز کردن / نظر دهید
2022-03-05 09:13:18
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

3 tanda hati dengan cahaya iman

1. Cenderung kepada akhirat (senang dalam hal kebaikan)

2. Menjauhkan diri dari tempat yang menipu (hal yang melalaikan)

3. Bersiap sedia akan datangnya kematian sebelum kematian itu datang

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
681 views06:13
باز کردن / نظر دهید
2022-02-28 17:44:38 ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

MUHASABAH DIRI SENDIRI

Berapa ramai hari ini,mereka yang berselindung di sebalik pakaian,namun punya hati yang busuk..Hati punya hasad dengki dengan orang lain..Kalau merasa diri tu ada penyakit hasad dengki,busuk hati melihat kebaikan,dan kesenangan orang..
Amal lah membaca surah Al-Falaq..

Orang yang ada hasad dengki,hatinya itu tak boleh tenang..Hasad umpama api yang akan membakar kayu,dan apabila kayu itu habis, maka ia akan memakan dirinya sendiri.. Sabarlah kamu menghadapi maraknya api hasad,orang yang menghasad kepada kamu.. Sesungguhnya kesabaran itu senjata untuk memadamkan atau membunuh,kepada hasad yang ada pada orang lain..

Sentiasalah melihat aib diri sendiri..Sentiasalah menghisab diri sendiri..Ada sebilangan orang,begitu mudah menghukum orang lain..Walhal,dirinya sendiri berada di dalam genggaman Allah SWT..Begitu mudahnya,menghukum,Kamu ini pelaku maksiat! Maka celaka ke atas kamu!
“Kamu ini alim wahai saudara,saya suka kepada kamu..”

Walhal bila di belakang manusia lain,Allah SWT sahaja yg mengetahui aib si fulan tersebut..Sesuai dengan sifatnya Allah Yang Maha Mengetahui..Maka daripada sudut mana selayaknya seorang manusia itu layak menjadi penghukum?,Jangan kamu ambil tugas Allah SWT,dengan menghukum manusia sesuka hati kamu..

Berapa ramai di kalangan manusia pada zaman ini yang menuduh si fulan itu melakukan hal yang tidak mereka lakukan? Menabur fitnah kerana benci? Semua itu datang daripada hati yang busuk,dari hati yang rosak yang mana hatinya itu semua daripada sangka buruk,dendam,iri hati dan hasad dengki..

Barangsiapa yang menghina orang lain,maka penghinaan itu,dikhuatiri akan berbalik kepadanya,mereka lebih teruk dari orang yang dihina tersebut..Jangan kamu ambil tugas Allah SWT,Wahai manusia.. “Ya Allah Ya Tuhanku,berikanlah petunjuk kepada kaumku.. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui!” Salah satu diantara banyak banyak doa Rasulullah ﷺ kepada Allah SWT untuk umatnya..

Moga-moga dijauhkan ke atas kita penyakit hati,gelapnya hati yang dapat menjadi asbab besar kegagalan amalan kita..Moga-moga dijauhkan ke atas kita daripada sangka buruk ke atas manusia lain..Sesungguhnya,Allah SWT sahaja yang mengetahui siapa kita,aib dan kekurangan diri kita,sesuai dengan sifat-Nya..

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
737 views14:44
باز کردن / نظر دهید
2022-02-28 17:44:30
495 views14:44
باز کردن / نظر دهید